(ID Digital) Serah Diri Atau Balik Ke Negara Asal! KDN Beri Amaran Kepada Pemilik MyKad Palsu

PUTRAJAYA: Pemilik MyKad palsu perlu menyerah diri atau pulang ke negara asal sebelum kad pengenalan digital (ID digital) diperkenalkan tahun ini, jelas Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, ID digital adalah kaedah baharu dalam usaha kerajaan membanteras MyKad palsu.

“Mereka yang ada IC (MyKad) palsu perlu balik segera ke negara asal masing-masing kerana selepas kita guna kaedah ID digital ini kita boleh kesan mereka,” katanya pada sidang media selepas melancarkan tiga bas mobile Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Kerajaan sebelum ini dilaporkan sedang meneliti cadangan berkaitan pelaksanaan Inisiatif Identiti Digital Nasional (IDN) bagi memperkukuh keselamatan MyKad sedia ada.

Mengenai bas mobile JPN generasi baharu yang dilengkapi kemudahan mencetak MyKad untuk kegunaan JPN ketika program komuniti, Hamzah berkata pelanggan yang mempunyai urusan permohonan MyKad boleh mendapatkannya pada hari sama di lokasi bas berkenaan beroperasi.

Ketika ini, JPN mempunyai tujuh bas sedemikian iaitu masing-masing dua di Sabah dan Sarawak manakala tiga di Semenanjung Malaysia – BERNAMA

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin memberi penjelasan mengenai kad pengenalan digital pada sidang media selepas melancarkan tiga bas mobile Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini. (Gambar Bernama)
About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*