Idea Buat Bisnes Jual Telur Itik Masin

Jessie Ambukan – gambar BERNAMA

TUARAN, 4 Ogos: Bermula dengan hanya 10 ekor itik, kini Farm Bay Enterprise yang beroperasi di Kampung PogunLawid, di sini, mempunyai 4,000 ekor itik boleh bertelur bagi menghasilkan telur itik masin untuk dipasarkan di seluruh Sabah.

Keupayaan menghasilkan lebih 1,800 biji telur itik masin dalam sehari, menjadikan perusahaan milik usahawan wanita tempatan itu muncul pengeluar telur masin, antara yang terbesar di daerah ini sejak penubuhannya Ogos 2015.

Usahawan terbabit, Jessie Ambukon, 47, menjadikan telur itik masin produk utama keluaran perniagaannya, apabila 1,800 itik ternakannya bertelur hampir setiap hari.

Selain itu, ladang ternakan utama Farm Bay Enterprise di kawasan tanah seluas 1.2 hektar turut menempatkan 4,000 burung puyuh, sebagai produk tambahan perusahaan terbabit.

“Farm Bay Enterprise juga menghasilkan daging burung puyuh segar, daging burung puyuh beku serta daging burung puyuh berempah beku.

“Sebagai produk tambahan, saya turut memasarkan 900 biji telur burung puyuh sehari dan sambutan pengguna amat menggalakkan.

“Semua produk keluaran perusahaan ini yang dilabelkan Farmbay dipasarkan menerusi 53 premis di seluruh Sabah, untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin bertambah,” katanya kepada Bernama, di sini.

Bagaimanapun, katanya, telur itik masin adalah produk utama keluaran Farm Bay Enterprise yang antara prosesnya melalui pemerapan selama 15 hari bagi menghasilkan telur masin berkualiti.

Jessie berkata perusahaannya wujud kerana minat yang mendalam terhadap perniagaan sejak zaman kanak-kanak, terutama berasaskan ternakan dan pengeluaran produk.

Beliau berkata Fram Bay Enterprise dengan lapan pekerja itu tertubuh tanpa sebarang kos pembiayaan daripada mana-mana pihak, bermula secara kecil-kecilan sehingga berkembang menjadi besar.

Jessie mengakui perusahaan dilaksanakan itu turut berdepan risiko tersendiri, terutama kesan buruk terhadap haiwan ternakan apabila berlaku pertukaran cuaca panas dan kemarau berpanjangan, kekurangan air dan ribut menyebabkan haiwan tertekan.

Katanya ada waktunya produk keluaran terutama telur itik masin perusahaan itu tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pasaran, apabila jumlah permintaan bertambah 100 peratus menjelang musim perayaan seperti hari raya.

Sehubungan itu, Jessie dalam proses meningkatkan produk keluaran telur itik masin perniagaannya sehingga 3,000 biji sehari, apabila semua 4,000 itik ternakannya bertelur serentak – BERNAMA

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*