Idea Menjual Anak Pokok Dengan Harga RM1

1. Idea kreatif sebegini jarang sekali diketengahkan oleh ramai orang kerana bimbang tidak akan memberikan pulangan keuntungan. Namun, siapa sangka dengan jualan anak pokok bernilai RM 1 boleh menjana pendapatan sehingga RM3000-RM4000 seminggu.

2. Idea seperti ini sangat sesuai untuk dilaksanakan bagi sesiapa yang tidak mempunyai tanah yang luas atau kepada sesiapa yang mempunyai laman rumah yang kecil. Antara anak pokok yang sesuai untuk ditanam dan dijual dengan harga RM1 adalah seperti kunyit, cili, serai dan lain-lain tanaman masakan.

3. Selain itu, sebagai seorang petani menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan SOP penanaman yang betul agar pelanggan yang membeli dengan kita tidak akan merasa was-was. Hal ini juga dapat membantu bagi sesiapa sahaja yang ingin berjinak-jinak dalam dunia pertanian.

4. Antara pasaran yang sesuai untuk menjual tanaman anak pokok ini adalah di pasar tani dan pasar malam, dengan harga RM2 satu anak pokok. Namun, disebabkan musim PKP ini, ramai petani berubah kepada alternatif E-Commerce. Antara platform e-commerce yang sesuai untuk menjual adalah seperti Shopee dan Lazada . Sifu Durian sendiri telah mula menjual di Shopee.

5. Antara kurier yang sesuai untuk penghantaran anak pokok pula adalah seperti Ninja Van, Pigeon dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa cara pembungkusan bagi memastikan tanaman sampai kepada pelanggan dengan baik.

6. Bagi anda yang ingin memulakan pertanian namun tidak ada modal yang mencukupi, anda boleh cuba memohon Skim Bantuan Modal Tani daripada Kerajaan Negeri masing-masing.

7. Dana tersebut bernilai RM5 juta dan pinjaman bagi seorang individu adalah RM 50,000 paling maksima. Kadar bayaran yang mudah iaitu bayar pinjaman setelah mula mendapat hasil serta faedah yang rendah dapat membantu mengurangkan beban petani.

Artikel ini dipetik dari Harian Metro, Khamis, 21 Februari 2019 dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*