Idea Menternak Rusa Beri Pulangan Lumayan

BERMULA sekadar hobi di masa lapang, seorang pesara tidak menyangka menternak rusa sejak tujuh tahun lalu memberi pulangan lumayan berikutan permintaan daging haiwan itu yang tinggi walaupun harganya mahal.

Mohd Zaid Zakaria, 56, menternak rusa di kawasan seluas tanah 0.4 hektar dengan menyediakan tiga kandang yang boleh memuatkan 14 ekor.

Dia mengakui menternak rusa itu lebih mudah berbanding haiwan lain termasuk kosnya juga murah dan tidak membebankan.

“Keputusan menternak rusa sebagai hobi di masa lapang adalah tepat apabila ternakan yang diusahakan sejak 2013 kini memberi pulangan yang lumayan.

“Saya tidak mahu menjadikan usia emas sebagai alasan untuk berehat dan duduk diam di rumah tanpa melakukan apa-apa aktiviti,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Sam, Gua Musang, hari ini.

Mohd Zaid berkata, dia menceburi bidang penternakan rusa ini kerana jarang dilakukan orang lain dan menguntungkan.

“Permulaan saya mengeluarkan modal RM13,500 untuk membeli lima rusa ekor berkualiti jenis timor rensis dari seorang penternak di Sungai Jin, Kuantan, Pahang.

“Rusa berkenaan cepat membiak dan setakat ini saya sudah menjual enam rusa yang diternak dengan harga diantara RM2,000 hingga RM6,000 seekor,” katanya.

Katanya, baki lapan rusa lagi akan cepat membiak kerana lima daripada ibu rusa bakal melahirkan anak bagi menambahkan semula ternakan tersebut.

“Selain dapat menjual rusa hidup, saya juga menjual daging haiwan berkenaan dengan harga RM45 sekilogram. Rusa spesies ini senang dijaga kerana tidak mudah diserang penyakit seperti haiwan lain termasuk lembu dan kambing,” katanya kepada  Harian Metro

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*