(VIDEO) Teguk Air Ketumm Dalam Kalangan Pelajar Kelantan Perkara Biasa – AADK

(Video <<tonton sini) dan gambar tiga pelajar perempuan dipercayai meneguk air ke,tum mulai tersebar pagi Isnin dalam aplikasi mesej ringkas Whatsapp dan media sosial Facebook. – Gambar fail

Agensi Antida,dah Kebangsaan (AADK) Kelantan menyifatkan amalan minum air ke,tum dalam kalangan sesetengah pelajar lelaki di Kelantan sudah menjadi kebiasaan.

“Kes pelajar lelaki minum air ke,tum adalah perkara biasa berlaku namun bukan bermakna semua pelajar mengamalkan air ke,tum tersebut,” kata Pengarah AADK Kelantan, Rohayu Ahmad ketika dihubungi Astro AWANI.

Hasil kaji selidik yang dilakukan agensi tersebut tahun lalu mendedahkan, terdapat pelajar lelaki di negeri itu membuat pengakuan berani meminum air ke,tum dan sebahagian lagi didakwa positif da,dah selepas menjalani saringan ujian air kenc1ng.

Selain itu, berdasarkan kaji selidik yang diterima dari ibu pejabat AADK, seramai 292 pelajar sekolah di negeri itu dalam lingkungan umur 13 tahun hingga 17 tahun menunjukkan mereka terjebak dengan da,dah bermula dengan mengambil air ke,tum.

“Kami mendapati beberapa pelajar mengaku ada mengambil da,dah sebelum ini walaupun keputusan air kencing mereka negatif. Malah, ramai juga yang mengaku terlibat dengan pengambilan air ke,tum khususnya pelajar lelaki,” kata Rohayu.

Katanya, pengambilan air ke,tum dalam kalangan pelajar perempuan adalah isu terpencil, namun menurut kajian terkini dijalankan pihaknya, penglibatan golongan itu juga mula menunjukkan sedikit peningkatan.

“Bagi pelajar perempuan, kes sebegini jarang berlaku. Namun, berdasarkan kajian kami yang terbaharu untuk tahun ini, berlaku sedikit peningkatan,” katanya.

Mengulas isu video viral yang menunjukkan tiga pelajar perempuan dipercayai meminum air ke,tum di Kelantan, yang tersebar pada Isnin, Rohayu berkata, pihaknya akan terus berusaha bagi meningkatkan kesedaran masyarakat kesan buruk air ke,tum.

“Kalau orang tua dahulu, mereka akan minum air ke,tum ini sekiranya mereka sakit. Tetapi, remaja zaman kini ambil air ke,tum secara berpanjangan sehingga mengakibatkan keta,gihan dan mewujudkan tindak balas kimia,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, bagi membendung budaya tidak sihat ini, AADK dan Jabatan Farmasi akan bekerjasama bagi menjalankan usaha-usaha pencegahan dalam kalangan masyarakat di negeri itu selain meminta masyarakat di luar sana untuk berganding bahu dalam membanteras kes sebegini sebelum ia jadi lebih parah.

Sebelum ini, seorang buruh berusia lingkungan 20-an ditahan selepas didakwa menjual air ke,tum kepada pelajar sekolah dengan harga yang murah – Astro Awani

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*