Ikan bertimbun tapi waktu jualan terlalu singkat, keluh peniaga

Para peniaga ikan di Pasar Sejahtera Beserah

KUANTAN – Lambakan ikan dan hasil laut di Pasar Sejahtera Beserah, Kuantan berikutan waktu jualan yg terlalu singkat membuatkan para peniaga semakin resah.

Menurut Zawai Mat, 51, meskipun peniaga akur dengan waktu berniaga bermula 6 pagi hingga 2 petang namun itempoh masa tersebut sangat terbatas menyebabkan dia terpaksa menanggung keru*gian yang tinggi.

Zawawi Mat, 51 tahun sudah berpengalaman 23 tahun berniaga ikan di Pasar Sejahtera Beserah.

Katanya, jualan para peniaga juga susut sebanya 40 peratus berbanding sebelum pandemik C0vid-19.

Bagi menangani beban yang ditanggung, ada dalam kalangan peniaga berusaha memproses lambakan ikan menjadi ikan masin selain memberi ikan secara percuma kepada orang ramai.

“Beza memang banyak, apabila berniaga masa terhad di mana pembeli bekejar-kejar dan tidak beberapa meriah macam dulu.

“Sebelum ini dibenarkan berniaga dari pagi sampai petang, Maghrib pun orang mari lagi, sekarang orang balik pejabat lewat sebab masa terhad jadi diorang nak beli ikan su*sah sikit.

“Dulu memang ramai datang termasuk orang luar tapi sekarang sangat terhad, kalau ramai hanya waktu hujung mingggu hari biasa kurang sikit orang turun pasar.

“Tiap-tiap hari ikan baharu sampai, nelayan balik petang bawa balik ikan, sedangkan petang kita dah tak boleh berniaga.

“Kalau ikan lebih kita buat ikan masin, kalau tak sedekah kat orang,” katanya kepada MalaysiaGazette

Waktu 0perasi sepanjang PKP bermua 6.00 pagi hingga 2.00 petang

Berpengalaman selama 23 tahun berniaga di pasar, ujarnya, menjual ikan semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan sememangnya mencabar apabila bekalan ikan berlebihan namun permintaan berkurangan – MalaysiaGazette

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*