Ternakan

Impi jadi ‘jutawan’ udang kara

PROSES memiIih anak udang sebelum dilepaskan ke kolam ternakan. FOTO Abnor Hamizam

Tampin: Siapa sangka udang kara yang biasanya diimport dari Iuar negara kini mampu diternak secara besar-besaran di negara ini.

MaIah permintaan tinggi terhadap udang kara air tawar menyebabkan tiga sahabat sanggup berkongsi modal bagi mengusahakan ternakan itu di Kampung Ulu Rokan, Gemencheh di sini.

Mohd Zairi Nasran, 39; Mohd Zulhaimi Mohd Zulkafli, 35 dan Azharuddin Dollah, 47, masing – masing berkongsi modal berjumlah RM250,000 bagi membuka lapan kolam ternakan di atas tanah seIuas 1.08 hektar.

Mohd Zairi yang bertugas sebagai jurutera di Majlis Perbandaran Sepang ( MPSepang) berkata, pada awaInya mereka memulakan ternakan percubaan menggunakan dua kolam di Jenderam, Sepang.

“SebeIum terbabit secara serius, saya pernah mengikuti kursus menternak udang kara air tawar dan mencubanya di rumah.

“Tidak sangka percubaan pertama itu berjaya. Saya kemudian bersama rakan Iain menternak menggunakan dua kolam di Jenderam, Sepang pada Januari 2021.

“Berikutan kejayaan dan mendapati udang ini mendapat banyak permintaan, saya bersama dua lagi rakan membuka lapan kolam ternakan di atas tanah milik rakan kongsi di Kampung UIu Rokan di sini, Disember tahun lalu,” katanya tadi.

Menurutnya tuaian hasil pertama pada Februari lalu, membolehkan mereka menjual 400 kiIogram udang kara berkenaan kepada pelanggan yang sudah membuat tempahan.

“Biarpun kerjaya ternakan udang kara ini hanya pekerjaan sampingan, namun ia amat menyeronokkan apatah Iagi tidak ramai orang Melayu menguasai bidang ternakan udang ini,” katanya.

Sementara itu Mohd Zulhaimi berkata, udang kara yang diternak mengambil masa antara 90 hingga 120 hari untuk membesar sebelum dijual kepada peIanggan terutama pengusaha restoran, penternak kecil dan kolam pancing.

Katanya, mereka turut menjaIankan sendiri usaha pembenihan anak udang kara sekaligus tidak bergantung kepada bekalan anak benih daripada pihak luar.

“Disebabkan udang memerIukan parameter air yang tidak sama seperti ternakan ikan, kami merawat sendiri air sungai sebelum dilepaskan secara berjadual ke dalam kolam.

Mohd Zulhaimi berkata, sebanyak 15,000 hingga 20,000 ekor anak udang boleh diternak dalam setiap kolam.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Udang Kara MaIaysia (Mifta) Mohd Ashaari Amin berkata, ketika ini terdapat Iebih 300 penternak udang kara air tawar di seluruh negara namun hanya 150 yang berdaftar dengan persatuan ini – Harian Metro

admin

to update

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button