Indonesia dan Thailand Berebut Pemain Muda

Indonesia dan Thailand Berebut Pemain Muda

Elkan Baggot yang kini sedang bermain dengan pasukan bawah 18 dan bawah 23 Ipswich Town mula mendapat perhatian 2 buat negara iaitu Indonesia dan Thailand. Kedua-dua negara ini sudah mula berebut dengan “claim” pemain muda itu untuk dibawa bermain bersama skuad masing-masing.

Elkan Baggot yang berusia 17 tahun itu direbut oleh kedua-dua buat negara dengan Indonesia mengatakan bahawa pemain itu mempunyai pertalian darah dengan Indonesia iaitu melalui ibunya.

Thailand pula berkata bahawa pemain itu patut beraksi bersama THailand disebab kan peman itu lahir di Thailand.

Kedua-dua buah negara sangat berminat untuk mendapatkan pemain defend tengah ini.  Dikatakan pemain ini mempunyai ketinggian 1.94 meter.

Indonesia juga dikatakan telah menghubungi pemain ini melalui PSSI bagi membenarkan pemain itu untuk menyertai latihan bersama skuad kebangsaan Indonesia selepas isu penularan wabak COVID-19.

Namun begitu, kelabnya Ipswich TOwn masih lagi tidak memberikan kata putus untuk membenarkannya bersama Indonesia. Kerana pemain itu tidak berada pada tahap kesihatan yang baik.

Thailand sangat mahukan pemain ELkan Baggot untuk kembali ke Thailand iaitu tempat lahirnya. Jika beliau bermain bersama Thailand peluang untuk dia terus bersinar akan lebih tinggi. Jika beliau berjaya bersama pasukan itu dalam kejohanan di peringkat antarabangsa.

Untuk pengetahuan anda semua, Elkan sebelum ini pernah ke Indonesia bersama keluarganya pada tahun 2011 sebelum mereka berhijrah ke England dan pemain itu menyertai pasukan Ipswich Town.

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*