Indonesia Isytihar Darurat, Ini Disebabkan Oleh…

Indonesia Isytihar Darurat, Ini Disebabkan Oleh...

Pandemik CoV-19 masih belum lagi berakhir apabila angka kematian terus meningkat dari hari ke hari. Di Indonesia melalui Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo secara rasmi mengisytiharkan darurat pada hari ini.

Pengisytiharan ini dilakukan ekoran daripada kematian akibat CoV-19 terus meningkat di negara sebarang itu. Joko Widodo enggan melaksanakan perintah berkurung.

Sebelum ini pemimpin no 1 Indonesia itu mendapat kecaman hebat selepas tidak melaksanakan perintah berkurung di beberapa bandar utama termasuk di Jakarta dimana jumlah kematian tertinggi direkodkan.

Sebelum ini Joko Widodo hanya menegaskan mematuhi penjarakkan sosial dan tidak melaksanakan perintah berkurung atau apa.

“Untuk mengatasi penularan wabak CoV-19 ini, kita hendaklah memilih untuk melakukan penajarakkan sosial pada skala besar Kita mesti ambil pelajaran dari pengalaman negara lain tetapi tidak boleh mengikut mereka kerana setiap negara itu adalah unik” – Menurutnya ke pemberita.

Hari ini sahaja pihak berkuasa Indonesia mengumumkan seramai 1528 orang sah positif CoV-19 manakala 136 kematian direkodkan akibat CoV-19. Namun angka itu dikatakan jauh lebih rendah peratusannya jika dikira dengan jumlah penduduk hampir 265 juta orang.

Untuk makluman anda semua, 300 mayat yang disyaki atau disahkan positif COV-19 telah dibungkus dengan plastik dan dikebumikan sejak awal Mac lalu menurut Gabenor Jakarta, Anies Baswedan.

Indonesia juga telah mengesahkan bahawa mereka membebaskan seramai 30000 orang banduan sebagai satu langkah membendung penularan CoV-19 di penjara negara itu yang sudah sesak.

Bantuan yang dibebaskan adalah mereka yang telah menjalani 2 per tiga daripada tempoh hukuman.

About Sifudurian 163 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*