Info Export Durian: 16 Kilang Proses Durian Sejuk Beku Di Malaysia

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjangkakan pengeluaran durian negara terus meningkat kepada 443,000 tan menjelang 2030 berbanding 384,170 tan pada 2019. Unjuran itu berdasarkan saiz kawasan tanaman durian negara seluas 72,536 hektar pada 2019.

Pahang, Johor dan Sarawak merupakan tiga negeri penyumbang utama kepada pengeluaran durian negara dengan Pahang mengeluarkan sebanyak 89,916 tan, Johor (87,838 tan) dan Sarawak (34,650 tan).

Raub, Pahang adalah pusat pengeluaran utama durian bagi varieti Musang King. Daerah ini mempunyai kawasan penanaman durian berkeluasan 11,201.2 hektar dan pengeluaran sebanyak 70,650 tan metrik bernilai RM1.3 bilion.

Mengenai eksport durian, (5) lima destinasi eksport utama negara ialah Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, China serta Vietnam, dan pada 2018, Malaysia mengeksport sejumlah 23,381 tan raja buah itu dengan nilai RM118.2 juta.

Bagi pasaran eksport durian sejuk beku, nilai eksport paling tinggi adalah ke China dengan nilai RM160.6 Juta direkodkan pada tahun 2018.

Sehingga kini terdapat 16 kilang pemprosesan durian sejuk beku bagi whole fruit di seluruh negara yang mendapat kelulusan Pentadbiran Am Kastam Republik Rakyat China (GACC). Ini termasuklah 2 Pusat Pemprosesan FAMA di Jerantut, Pahang dan Batu Kurau, Perak.

Sumber Jabatan Perangkaan Malaysia

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*