Isteri tikamm suami lepas nampak gambarnya bersama perempuan lain, tanpa sedar itu adalah dirinya semasa muda! – “Ini baru betul cem.buru buta…”

SONORA – Akibat cem.buru buta, seorang isteri bertindak meni.kam suaminya setelah melihat gambar lelaki itu bersama wanita lain.

Bagaimanapun sangkaannya meleset apabila wanita di dalam gambar itu sebenarnya adalah dirinya sendiri dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Menerusi Daily Star, kejadian tra.gis itu dilaporkan berlaku di Cajeme, Sonor, Mexico pada Jumaat.

Wanita dikenali sebagai Leonora N telah diber.kas polis kerana mencedera.kan suaminya, Juan N.

Kata polis, Leonora bertindak sedemikian setelah menyangka suaminya berlaku cura.ng kerana menemukan beberapa keping gambar Juan bersama seorang wanita ‘lebih muda’ di telefon bimbitnya.

Juan menjelaskan, isterinya hanya salah faham dan gambar itu adalah gambar lama mereka ketika keluar bercinta buat pertama kali yang kemudian didigitalkan sebelum dimuat naik dalam telefon.

Dalam gambar itu, Leonora kelihatan cantik, lebih muda, kurus dan memakai solekan.

Polis mena.han Leonora selepas menerima laporan daripada jiran setelah mendengar pergaduhan mereka berdua.

“Juan alami keceder.aan pada kaki dan lengan setelah diti.kam isteri,” katanya – Sinar Harian

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*