Isu Pertukaran Terma Panggilan Sabah & Sarawak, Apa maksud Negeri dan apa maksud Wilayah Persekutuan?

Isu yang tengah hangat diperkatakan saat ini di laman sosial dan group2 whatsapp, iaitu pertukaran terma panggilan bagi negeri Sabah dan Sarawak. Penggunaan terma ‘negeri’ untuk Sabah dan Sarawak ditukar dengan menggunakan Wilayah Sabah & Wilayah Sarawak. Berkuat serta merta mulai hari ini? adakah info ini sahih?

Soalan: apa maksud negeri, apa maksud wilayah persekutuan? adakah wilayah persekutuan dikira sebagai sebuah negeri dan berapa bilangan negeri di malaysia?

Jawapan: Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negeri bermaksud daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll). Selain itu negeri juga beerti daerah yang di bawah perintah seorang sultan atau gabenor. Untuk mengetahui maksud yang lebih jelas mengenai perkataan ‘negeri’ sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1075.

Manakala maksud wilayah persekutuan pula ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.

Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.

Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. Jadi Wilayah Persekutuan tidak dikira sebagai sebuah ‘negeri’.

Sabah ialah satu daripada 1 wilayah antara 3 wilayah Bersama Malaya dan Sarawak yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia.

Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai “Negeri di Bawah Bayu” kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun dan tidak pernah dilanda ribut taufan, kecuali beberapa ribut tropika berskala kecil.

Bangsa Majoriti (Terbesar) di Sabah Borneo adalah Bangsa Kadazan-Dusun, Murut, Rungus, Sungai, Idaan dan juga Bajau-Samah. Bangsa-bangsa tersebut (Bangsa Asal Sabah) telah dikategorikan dalam kategori kumpulan rumpun “Dayak Borneo” iaitu rumpun yang sudah menetap dan tinggal lama di Negeri Sabah.

Di antara bangsa-bangsa dalam Rumpun Dayak Borneo tersebut, Etnik Kadazan-Dusun adalah yang teramai (majoriti) iaitu telah mencatat populasi lebih 1,100,000 orang di Sabah dan telah diiktiraf sebagai etnik masyarakat orang asal Borneo Utara dengan warisan, adat dan budaya yang di dokumenkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) sejak tahun 2004.

Wilayah Sabah terkenal dengan Gunung Kinabalu yang telah menjadi satu simbol utama Negeri berkenaan.

Malaysia dibentuk melalui 4 wilayah ( Tanah Melayu, Sabah & Sarawak dan Singapura ) semasa 1963. Tapi berlaku pindaan perlembagaan pada tahun 1976 menukar status wilayah sabah dan sarawak kepada negeri sama dengan negeri2 di semenanjung Malaysia.

Jadi sepatutnya perjanjian 1963 tu Sabah dan Sarawak adalah sebahagian penubuhan Malaysia bukan status negeri2 yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Itu menurut, fakta sejarahlah.
Perlu dipinda isi Perlembagaan A354 di peringkat parlimen barulah betul2 kena iktiraf wilayah sabah dan sarawak.

Artikel ini ditulis semula dari group whatsapp. sekadar perkongsian bersama. jika ada kesilapan tolong betulkan…

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*