Jadual PEMBAJAAN Durian Bermula 1 Hingga 4 Tahun – Jenis Baja Yang DISYORKAN

Tahu tak kenapa pokok durian LAMBAT membesar walaupun usia pokok melebihi 5 tahun keatas walaupun bibit yang dibeli adalah jenis KLON atau kawin?

1. Pokok DURIAN yang subur mula belajar BERBUAH seawal 4 tahun jika di beri BAJA yang teratur selain penjagaan yang baik.

2. Artikel pagi selasa saya kongsikan kaedah pembajaan pokok durian dari peringkat MULA tanam sehingga umur pokok 4 tahun.

3. Pembajaan PERTAMA perlulah dilakukan sebulan SEBELUM menanam durian. Masukkan baja subur, kapur pertanian, hormon akar dan Puradan.

4. Pembajaan di peringkat ke DUA perlu dilakukan 2 BULAN sekali atau 6 kali SETAHUN. Pembajaan perlu di lakukan secara TERATUR setiap 2 bulan.

5. Jenis BAJA yang diberikan adalah BAJA NPK 15:15:15 (baja biji2 atau tabur), baja ORGANIK, Baja FOLIAR / cecair dan GML atau kapur pertanian untuk pulihkan pH tanah.

6. Kadar pembajaan untuk baja NPK15:15:15 adalah 0.5kg (1 tahun keatas) taburkan 1.5 kaki di pangkal pokok, sebaiknya gembur tanah sekeliling dan masukkan ke dalam tanah supaya tidak dihanyutkan oleh hujan.

Berikut adalah jadual PEMBAJAAN pokok durian yang di SYORKAN oleh Jabatan Pertanian Malaysia.

7. Saya juga sarankan anda menggunakan baja FOLIAR Fastgrow Hijau dan Merah.

Selamat berkebun.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di wall facebook anda terima kasih -Sifudurian

 

About Sifudurian 160 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*