Jaminan tiada lambakan durian, harga berpatutan

Penjual durian, Mohamat Muhaiyuddin menunjukkan buah-buah durian yg mula dijual secara bergerak menggunakan kenderaan pacuan empat roda di pekan Selama. Foto oleh WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Perancangan telah diatur bagi memastikan tidak berlakunya lambakan buah durian pada musim kali ini yang bakal tiba dua minggu lagi termasuk jaminan harga yang berpatutan kepada pekebun, penjual dan juga pembeli.

Ini kerana kerajaan negeri sudah berbincang dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Jabatan Pertanian bagi membantu pekebun jika berlakunya lambakan raja buah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Perak, Razman Zakaria berkata, melalui perbincangan itu kerajaan negeri akan memberikan peruntukan kepada agensi terbabit utk membeli buah-buahan daripada pekebun.

Menurut beliau, buah-buahan yg dibeli itu akan dipasarkan secara kekal di beberapa kawasan seperti di RTC Gopeng, Manjung dan Kuala Kangsar.

“Kita mahu membantu pekebun dengan membuat jualan secara terus kepada pembeli jika berlaku lambakan buah durian pada musim ini untuk mengelak pekebun mengalami keru*gian.

“Beberapa kawasan seperti di Batu Kurau dan Selama, buah durian mula gugur sejak minggu lalu dan akan bertambah dlm tempoh dua minggu lagi,” katanya ketika sidang akhbar selepas menyerahkan sumbangan keperluan makanan secara pandu lalu kepada penduduk di sini hari ini. -K!ONLINE

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*