Jana Pendapatan RM3,750 Sebulan Dari Rumah Dengan Hobi Menanam Sayur

Tahukah anda dengan hobi menanam sayur anda boleh mendapatkan duit poket yang lumayan hasil berbudi pada tanah. Tidak perlu malu jadi petani. Rezeki itu luas dan ada dimana-mana.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menjual hasil sayuran kepada jiran-jiran terdekat atau kepada pasar-pasar besar. Hasil jualan anda boleh membeli benih dan baja untuk tanaman sayuran pada masa akan datang.

Selain itu, anda juga boleh menjual benih yang anda semai yang dipindahkan ke dalam polibeg dan dijual dengan harga antara RM2-3 sepokok.

Kos untuk menyemai 1 polibeg lebih kurang 50sen sahaja. Jika anda jual RM3 dan untung RM2.50 untuk sepokok, contohnya anda berjaya menjual 100 pokok benih sebulan, anda akan terima RM250 secara sambilan.

Bayangkan anda semai dan jual 15 jenis benih sayur, 15 jenis x 100 pokok = 1500 pokok terjual sebulan. 1500 x rm2.50 sepokok = rm3,750 sebulan

Bukan balik modal sahaja, malah anda dapat untung lumayan menjual secara sambilan depan rumah anda.

Kredit – Harian Metro

Pelbagaikan jenis semaian anda untuk mendapatkan untung yang tinggi seperti benih kobis, cili padi, bendi, terung, timun, peria, tembikai, sayur sawi, petola dan sebagainya.

Anda semai pokok cantik-cantik dan jual kepada mereka yang berminat. Banyak kebaikan menanam sendiri sayur, kita juga terhindar dari pencemaran bahan kimia melalui baja yang berlebihan.

Jadikan kepakaran anda menanam sayur untuk menjana pendapatan sampingan. Dari pengalaman saya menjual pokok yang sudah besar lagi mudah dari menjual biji benih. Sebabnya orang sekarang nak cepat dan senang. Betul tak?

Selamat Mencuba! jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share di facebook anda terima kasih – Sifudurian

(GAMBAR ATAS SEBAGAI HIASAN – KREDIT HARIAN METRO/DIARIPETANI)

About Sifudurian 160 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*