Jangan Panik Bila Jumpa 3 Jenis Penyakit Kulat Durian Ini – Begini Rawatannya

1. Kulat suka membiak di tempat yang lembap terutama selepas hujan. Rupa hangus ketiga jenis daun dalam gambar diatas hampir nampak sama.

2. Namun ketiga-tiga jenis penyakit ini adalah dari kulat yang berlainan. Jadi, rawatan yang perlu dilakukan mestilah bertindak balas dengan racun kulat yang tepat pada setiap jenis penyakit.

3. Gambar pertama adalah kulat Phomopsis. Kelihatan bintik-bintik hitam kecil yang disebut pycnidia di sekitar luka.

4. Jika tidak dirawat bintik kecil ini akan membesar menjadi perang keputihan atau coklat terang dengan saiz berukuran 1 mm dan dengan sempadan nekrotik berwarna coklat gelap dan lingkari oleh halo kekuningan.

5. Racun yang disyorkan untuk merawat penyakit ini adalah Carbendazim dan benomyl

6. Gambar kedua adalah penyakit kulat Antraknos (Colletotrichum zibethinus). Kelihatan daun hangus dan berpusar, memanjang ke sisi dan menyebabkan daun menjadi warna gelap pudar.

7. Sebahagian besar gejala berlaku di hujung daun kerana ia berkumpul di dalam tanah dan merebaknya spora bermula pada daun bawah berhampiran tanah.

8. Solusi, gunakan racun Antracol 70% Wp dan Difenoconazole

9. Gambar ketiga adalah kulat Hawar Daun (rhizoctonia solani). Bermula dengan bintik-bintik kecil, berair dan berwarna hijau kekelabuan dan keliling daun berwarna perang keunguan.

10. Bagi mengawal penyakit ini anda perlu sembur dengan racun Manconzeb manakala untuk merawat gunakan racun Monceren dan Thiram.

11. Saya berikan dua jenis racun sekali untuk rawatan maknanya anda perlu selang seli semburan. Tempoh kurang sebulan mengambil masa untuk menghapuskan spora-spora ini. Setelah lebih kurang sebulan rawatan racun diatas,semburlah dengan kitosan atau CytoAuxins untuk fasa pemulihan.

Moga membantu anda semua – Sifudurian

Kredit pic Mohd Fauzan

About Sifudurian 209 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*