Jangan Sedih Jika Pokok Durian Anda Tiba-Tiba Begini! Ini Cara Rawatannya…

Rawatan untuk pokok durian yang mengalami penyakit seperti gambar diatas, ia sebenarnya disebabkan oleh penyakit hawar daun atau antraknos.

Tanda-tanda penyakit hawar daun adalah daun kelihatan kering/hangus di tepi atau tengah-tengah daun.

Antara puncanya adalah hujan berterusan dan suhu terlalu lembap. Tiada rawatan atau semburan racun yang teratur.

Untuk merawat masalah ini, anda boleh sembur dengan racun jenama seperti Mancozeb, Aliette, Antracol, Monceren, Benomyl dan Copper Hydroxide. Kena guna selang seli. contohnya minggu ini guna Aliette, 2 minggu lagi guna Monceren.

Sebenarnya daun yang telah terjejas itu tidak akan menjadi normal kembali sebab sel pada bahagian tertentu pada daun telah pun mati.

Semburan racun kulat yang teratur adalah langkah pencegahan agar ia tidak menular. Lakukan semburan sekali dalam sebulan.

Jika hujan setiap hari sembur sekali dalam 2 minggu dengan bahan aktif yang berbeza secara selang seli.

Kerat sebahagian daun kering itu, tinggalkan yang hijau untuk proses membuat makanan pokok.

Semoga dapat membantu dan selamat berkebun.

Kredit: Sobryz Zachary

 

About Sifudurian 199 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*