Jangan Tambah Kicap Dalam Makanan Bayi, BAHAYA!

Ramai ibubapa yang ambil remeh tentang pantang larang dalam pemakanan bayi. Antaranya adalah tidak boleh tambah kicap dan sos dalam makanan bayi.

Memang kesian kadang-kadang anak makan, makanan yang tawar jadi ibu bapa selalu tambah garam, kicap dan macam-macam lagi. Tahukah anda, ini antara kesilapan yang sering dilakukan dalam pemakanan anak-anak kita.

Sebenarnya, pada usia 1 tahun kebawah, makanan yang diberi bukan untuk SEDAP, tetapi untuk memperkenalkan tekstur makanan, menambah zat makanan (selain susu ibu). memperkenalkan makanan lain selain susu ibu dan kenalpasti alahan.

Mengapa tidak tambah kicap, sos, gula dan garam?

Buah pinggang bayi masih baru- Ia masih dalam fasa perkembangan. Garam berlebihan menyebabkan buah pinggang perlu bekerja lebih!

Deria rasa bayi sensitif – Deria rasa bayi berganda lebih sensirif berbanding orang dewasa. Walaupun tambahan sedikit garam sebenarnya ia sangat masin untuk si bayi. Selain itu ia menyebabkan masalah yang berikutnya..

Menjadi picky eater – Akibat sering sangat terdedah dengan makan masin/ manis mereka akan menolak makanan lain yang tawar. Pilihan mereka sudah tentu makanan segera, frozen food yang sangat banyak bahan perasa.

Selain itu, ia menyebabkan masalah lain seperti kerosakan gigi, sembelit dan masalah metabolik. Maka, sebaiknya adalah elakkan bagi anak-anak makan kicap, sos dan air bergula. Ini semua adalah untuk pelaburan masa depan anak-anak kita. Betul tak?

Sumber: Public Health Malaysia

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*