JARAK Sebenar Tanam Durian Yang Disyorkan Oleh Jabatan Pertanian Malaysia

Ramai yang tanya berapa JARAK tanam durian paling SESUAI diantara satu pokok ke pokok lain dan jumlah pokok yang boleh ditanam dalam 1 ekar.

Sekiranya jarak pokok terlalu RAPAT dan PADAT, pokok kurang produktif dan boleh mengundang pelbagai masalah lain seperti penyakit durian.

JARAK TANAMAN DURIAN YANG DI SYORKAN OLEH JABATAN PERTANIAN

1 ekar = 43,560 kps
Jarak tanaman: 43,560 ÷ (Jarak tanaman yangg disyorkan)

3 jarak tanaman yg disyorkan:-

1. 40×40 kaki: 27 pokok
2. 35×35 kaki: 36 pokok
3. 30×30 kaki: 48 pokok

Jika ada slope/kecerunan: jarak antara baris pokok boleh buat dekat di antara 20-25 kaki.

Sebab bila ada cerun cahaya boleh kena kepada kanopi pokok.

Contoh, ada slope/CERUN sekitar 10°-15°: jarak yang di pilih 35 kaki (antara pokok) x 25 kaki (antara baris)

Bilangan anak pokok yang dapat ditanam = 50 pokok

Saya sarankan supaya tanam durian dengan jarak 40×40 (tanah rata) kaki bagi memberikan ruang dahan ‘bernafas’ dan elak tupai melompat ke pokok lain.

Tupai adalah MUSUH utama yang dihadapi kebanyakan para penanam durian dan ia menyebabkan KERUGIAN besar jika tidak dikawal dengan baik.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat jangan lupa SHARE di facebook anda terima kasih – Sifudurian

Kredit: Persatuan Penanam Durian Malaysia / Pic Dusun Tok Bak

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*