Jumlah pesak1t CoV-19 Sembuh sudah menjangkau 1005 Orang

Jumlah pesak1t CoV-19 Sembuh sudah menjangkau 1005 Orang

Dalam masa 9 hari sahaja lagi Malaysia berkemungkinan besar akan bebas dan tidak lagi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan. Semoga ia menjadi kenyataan agar mereka yang memerlukan pekerjaan dapat memulakan semula kehidupan seharian mereka mencari nafkah untuk keluarga.

Dalam sidang media di Putrajaya mengenai laporan terkini CoV-19. Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan pada hari ini seramai 90 orang sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah.

“Hari ini 90 kes yang sudah pulih dan dibenarkan discaj hari ini” – Kata ketua pengarah Kesihatan Malaysia.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah sembuh adalah sebanyak 1005 orang dengan peratusan keseluruhan 27.44%. Jumlah ini meningkat daripada 88 orang pada 4 april 2020.

Dalam sidang media tersebut, Dr Noor Hisham mengatakan terdapat 176 kes baharu CoV-19 dilaporkan pada hari ini dengan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3662 kes.

Beliau turut mengesahkan bahawa terhadapat satu kluster daripada kes yang disahkan pos1t1f hari ini mempunya sejarah perjanan ke Itali. Kluster itu merupakan kes yang ke 1580. Beliau turut mengesahkan bahawa seramai 37 orang telah disahkan pos1t1f d1jangk1ti daripada kluster tersebut

About Sifudurian 210 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*