Jutawan Homestay

(Gambar) Faridilatras dan Ain Farahati (kanan) pemilik homestay elit di Kuala Lumpur.

Pengalaman Seorang Jutawan Homestay, Ianya bermula dengan sebuah impian…

Siapa sangka, bermula dengan sebuah impian, pasangan suami isteri ini berjaya memiliki hartanah di ibu kota Kuala Lumpur yang bernilai jutaan ringgit.

Selain memiliki Homestay Fardain Place, pasangan ini juga mempunyai beberapa unit rumah dan menjadikannya homestay elit sehebat hotel terkemuka di sekitarnya.

Sikap merendah diri pasangan suami isteri ini memiliki kejayaan yang hebat, dikagumi ramai malah ada yang menggelarkan mereka sebagai jutawan hartanah.

Faridilatras Abd Rahman, 38, berkata, dia selalu memasang impian tersebut setiap kali melalui kawasan pembinaan Regalia Residence, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, beberapa tahun lalu setiap kali pergi dan balik kerja.

“Pada awalnya, ia hanya kata hati untuk memiliki hartanah bernilai tinggi di kawasan kota metropolitan dan angan-angan sahaja namun segalanya adalah rezeki. Alhamdulillah, hari ini saya dan isteri, Ain Farahati Maarof, memilikinya dan mampu menjana pendapatan tetap kepada keluarga kami,” ujarnya.

Faridilatras berkata, penglibatannya dalam bidang hartanah tercetus apabila melihat kejayaan rakan-rakannya yang berkecimpung dalam bidang hartanah.

Dia juga mengagumi kejayaan ahli perniagaan rempah ratus di Masjid India yang berasal dari India, Ahmad Dawjee yang memiliki beberapa hartanah di Kuala Lumpur.

“Dia datang ke negara ini pada 1934 dan sudah melihat potensi hartanah di negara ini. Dia memiliki beberapa hartanah yang bernilai tinggi dan mewakafkannya kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kesederhanaan peribadinya menjadi inspirasi kepada saya untuk terlibat dalam industri hartanah di negara ini yang mempunyai prospek yang besar,” katanya.

Lebih mengujakan, selain mempunyai homestay dan rumah sewa di negara ini, Faridilatras juga mempunyai homestay di Australia.

Berkongsi kejayaannya, Faridilatras berkata, ia bukannya sesuatu yang mudah. Dia banyak membaca buku berkaitan hartanah, mengikuti kelas dan seminar untuk mendalami ilmu dalam bidang hartanah.

“Saya tidak malu mempelajari bidang hartanah kerana saya yakin industri ini akan memberikan kepuasan kepada diri saya. Pada mulanya, isteri saya tidak berminat dalam perniagaan, namun segalanya berubah apabila kecintaannya terhadap ini lebih mendalam berbanding saya,” katanya sambil berseloroh.

Faridilatras yang merupakan anak ke-2 daripada 5 adik beradik, tidak menoleh belakang lagi dan terus mengembangkan perniagaan tersebut yang dilihat mempunyai potensi yang besar.

“Saya tidak menyesal meninggalkan kerjaya sebelum ini. Ini pilihan saya dan latar belakang dalam bidang pengajian Islam tidak menjadi halangan kepada saya untuk terlibat dalam bidang hartanah dan homestay.

“Saya tidak akan melupakan rumah pertama yang saya yang dibeli di Kajang, Selangor kemudian ditambah sehingga menjadi beberapa buah rumah sewa.

“Saya belajar menyewakan rumah dan memberanikan diri membeli rumah yang lain. Saya tidak mempunyai masalah asalkan akaun bersih dan bayaran yang dijelaskan pada setiap bulan.”

“Ada juga hartanah dicagarkan dan wangnya saya gunakan bagi membeli hartanah lain,” katanya yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Islam Madinah.

Kini, Faridilatras bukan sahaja pakar hartanah, malah menyediakan kelas serta seminar dan menganjurkan kursus hartanah pada bayaran RM2,000 untuk tempoh 3 jam.

“Saya mahu melatih mereka mengenai teori dan cara menilai hartanah. Mereka yang berminat dalam hartanah, membeli di bawah harga pasaran dan menjual semula apabila harganya meningkat beberapa kali ganda. Saya mahu mereka memiliki hartanah di kawasan tengah bandar,” katanya anak jati Perlis.

Homestay Elit Setanding Hotel

Menikmati suasana pagi di suasana kampung membangkitkan rasa damai dalam diri bagi mereka yang tidak mempunyai kampung dengan mendiami rumah inap atau homestay.

Pilihan yang ada untuk merasai suasana kampung adalah tinggal di homestay atau rumah rehat. Pastinya bunyi kicauan unggas, suasana perkampungan yang dikelilingi gunung dan sawah padi, pohon kelapa serta deruan sungai memberikan ketenangan dan membuatkan kita lupa pada tekanan dan kesibukan kerja.

Bagaimanapun, seiring dengan peredaran masa, ramai pemilik rumah yang tidak mendiami rumah mereka tetapi mengambil peluang menjadikan rumah mereka sebagai homestay terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Pelbagai kemudahan disediakan oleh pengusaha homestay termasuklah peralatan, kemudahan solat serta kemudahan bilik yang kondusif untuk memberikan pengalaman yang menarik kepada pelanggan mereka.

Namun, bagi pengasas Homestay Fardain Place, Faridilatras Abd Rahman dan Ain Farahati Maarof, homestay yang diusahakan di kawasan bandar terutamanya sekitar kota metropolitan atau ‘segitiga emas’ Kuala Lumpur mampu menjana pendapatan lumayan.

Pengusaha homestay ini tidak gentar untuk bersaing dengan hotel bertaraf 5 bintang di kawasan tersebut, Fardain Place menyediakan kemudahan yang kondusif dan servis yang terbaik untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan.

Kenapa Memilih Homestay Di kawasan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur?

Fardain Place tidak menganggap kunjungan tetamu di homestay kami adalah kunjungan yang terakhir. Kami akan memastikan setiap kunjungan mereka memberikan pengalaman yang manis dan sukar untuk dilupakan.

Pemilihan kawasan segi tiga emas ini kerana kami melihat potensi lokasinya yang sentiasa menjadi pilihan warga tempatan dan pelancong dari luar negara.

Kawasan ini adalah lokasi yang strategik kerana mempunyai pelbagai kemudahan asas dan beberapa pusat beli-belah terkemuka seperti KLCC dan Pavilion serta Bukit Bintang.

Kebanyakan tetamu homestay kami adalah mereka yang hadir untuk melancong, urusan rasmi dan sebagainya. Dengan menawarkan harga yang berpatutan dan kemudahan serta fasiliti yang setaraf dengan hotel menyebabkan Fardain Place menjadi pilihan sejak 2014.

Apakah Kelebihan Yang Ditawarkan Untuk Bersaing Dengan Hotel Bertaraf 5 Bintang Di kawasan ini?

Kami menyediakan kemudahan homestay sejak beberapa tahun lalu dan sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Kunjungan tetamu tanpa henti menyebabkan kami belajar pelbagai perkara terutamanya dalam pengurusan homestay melibatkan kebersihan, ketepatan waktu penyerahan dan pemulangan kunci dan fasiliti yang memberikan keselesaan kepada tetamu.

Selain tetamu tempatan, kebanyakan tetamu adalah pelancong asing dari Perancis, Kanada, Eropah, Jepun, Korea, Arab dan banyak lagi. Fardain Place seperti ‘duta kecil’ negara untuk menunjukkan sikap rakyat di negara ini kepada orang luar.

Kami menyediakan pelbagai kemudahan di sini seperti mana yang terdapat di hotel lima bintang, selain itu penggunaan password atau kata laluan untuk membuka pintu menyebabkan Fardain Place unik dan berbeza daripada homestay lain.

Di samping itu, kemudahan internet, dapur untuk memasak, mesin basuh pakaian dan suasana homestay yang berkonsepkan moden memberikan keselesaan kepada tetamu. Malah, mereka boleh menggunakan segala kemudahan yang disediakan seperti mana penghuni di kondominium tersebut. Pastinya harga yang berpatutan yang ditawarkan memberikan kelebihan kepada Fardain Place.

Walaupun Masih Baru Dalam Industri Homestay, Apakah Strategi Yang Digunakan Untuk Ke Peringkat Antarabangsa?

Fardain Place mempunyai lebih 5 homestay di kawasan Kuala Lumpur iaitu di Regalia Residence, Jalan Sultan Ismail dan Vipod Residence di Jalan Kia Peng. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan peminat yang tersendiri.

Sudah tentu, teknik pemasaran yang betul dan kemudahan lain daripada yang lain mendorong kedua-duanya menjadi pilihan tetamu tempatan dan luar negara. Kami mempromosikan Fardain Place di laman sosial dan menawarkan tempahan dalam talian melalui kerjasama dengan penyedia platform berasaskan pelancongan sedia ada iaitu Agoda dan Booking.Com.

Dalam masa sama, kami sentiasa melakukan penambahbaikan sistem prasarana teknologi maklumat sedia ada bagi memberikan perkhidmatan dalam talian yang lebih lancar agar menjadi perkhidmatan homestay dalam talian setanding apa yang ditawarkan di homestay luar negara.

Pengenalan platform tempahan homestay dalam talian atau laman web sendiri dijangka memperluaskan pasaran kami selain menarik warga tempatan dan luar negara merancang percutian sendiri menggunakan platform internet.

Alhamdulillah, setakat ini, bayaran homestay yang bermula daripada RM350 sehari menerima tempahan daripada mereka yang menginap untuk tempoh sehari semalam sehingga beberapa minggu. Kami juga bersedia untuk berunding mengenai harga yang ditawarkan sekiranya tetamu menginap di homestay kami dalam tempoh yang panjang.

Bagaimanakah Potensi Homestay Di Kawasan Elit Pada Masa Akan Datang?

Sebagai pendatang baru dalam bidang homestay di kawasan elit, kami harus bijak mengintai peluang dan sentiasa melakukan penambahbaikan dan meningkatkan servis kepada tetamu kami.

Pendapatan homestay tidaklah besar namun ia mampu menjana keuntungan yang besar sekiranya kita bijak mengambil peluang. Fardain Place bermula dengan ‘kosong’ dalam industri homestay, namun sikap ingin mencuba dan belajar menyebabkan kami terus berada dalam lapangan ini.

Industri homestay mempunyai potensi yang besar dan besar untuk berkembang maju kerana kita boleh menawarkan kemudahan setaraf hotel dengan harga yang berpatutan.

Apa yang penting ialah mampu memberikan keselesaan kepada tetamu terutamanya yang mempunyai anak kecil kerana mereka memerlukan kawasan yang luas untuk bergerak bebas.

Homestay di kawasan elit akan menjadi pilihan sekiranya pelbagai kemudahan yang disediakan memberikan keselesaan kepada tetamu dengan menawarkan bayaran yang berbaloi.

Pemilihan lokasi seperti kemudahan pengangkutan awam, tempat makan-minum, pusat beli-belah yang tidak memakan masa dan jarak yang tidak jauh akan menjadi pilihan tetamu.

Kebanyakan tetamu saya adalah warga asing dan maklum balas yang diberikan mengenai homestay kami ialah keselesaan dan menjimatkan masa dan wang mereka untuk menikmati percutian kerana tidak perlu mengeluarkan kos pengangkutan yang tinggi. Anak-anak mereka selesa untuk bermain kerana rumah yang luas dan sebagainya.

Fardain Place mengajak anak muda yang ingin menceburi bidang perniagaan, memilih industri homestay kerana ia memberikan pulangan yang lumayan sekiranya bijak dan cekap mengambil peluang. Ia mampu menjana pendapatan tetap sekiranya meletakkan kelangsungan industri homestay dalam kondisi yang baik. Ia mampu memacu pertumbuhan pelancongan negara pada masa depan.

Apakah Perancangan Di Masa Depan?

Fardain Place akan melakukan pelbagai kemudahan yang menarik dan istimewa pada tahun ini terutamanya kepada pasangan yang ingin berbulan madu di ibu kota. Fardain Place akan menyediakan pakej yang menarik dengan harga yang berpatutan.

Ia dijangka mendapat sambutan hebat kerana Fardain Place menerima permintaan tinggi daripada pelancong tempatan yang tinggal di luar Kuala Lumpur dan antarabangsa.

Kami juga akan mengemas kini perkhidmatan pengangkutan untuk kemudahan tetamu homestay Fardain Place sekiranya mereka ingin ke luar kawasan lembah Klang antaranya Genting Highlands, Legoland dan sebagainya.

Fardain Place juga akan membuka beberapa homestay baharu di kawasan Kuala Lumpur dalam masa terdekat dan melihat potensi di beberapa lokasi strategik di luar Kuala lumpur antaranya Putrajaya dan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa – Sinar Harian

P/S: Jika anda seorang pengusaha homestay, dan mahukan PENGURUSAN homestay bertaraf ANTARABANGSA dan GAYA JUTAWAN, saya sarankan anda untuk membaca E-BOOK beliau ini dan “tiru macam saya”. Klik link dibawah tu yer…semua maklumat dari A to Z diterangkan.. selamat berjaya!

>>>>KLIK SINI<<<<<<

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*