Kaedah mengawal serangga kesing pada padi sawah

Kesing atau juga dikenali sebagai cenangau adalah sejenis serangga yang memus*nahkan padi dengan menghisap cecair (susu) buah padi yang sedang membentuk menyebabkan padi
menjadi kering dan hampa.

Padi akan bertukar warna menjadi perang dan berbintik hitam, kesan seran*gan sekunder kulat atau bakte*ria.

Kawalan

1. Kawalan rumpai yang menjadi perumah seperti rumput sambau & padi angin

2. Sahabat ladang, labah-labah pemangsa semula jadi kesing

Sembur ra*cun Closer 200g/Ha + Miracle Super 100ml/Ha

Kaedah mengawal Kesing / Cenangau secara tradisional

Perkongsian dari Filipina (Philrice)

Cara/ Kaedah

Bungkus perut ikan atau siput yang sudah dipecahkan ke dalam jaring. Ikat pada tiang kayu /buluh di bahagian hujung kayu/ buluh tersebut.

Letakkan umpan di beberapa tempat di dalam sawah.

Tangkap /kumpul kesing yang berkumpul di umpan menggunakan jaring.

Untuk mengha*puskan kesing tersebut boleh juga sembur ra*cun pada umpan tersebut.

Bila nak guna?

Apabila kesemua pokok padi sudah selesai berbunga dan mula mengisi.

Semoga bermanfaat!

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*