Kaedah Tanam Durian Di Kawasan Berair

Selama ini kita selalu fikir durian hanya boleh ditanam di kawasan yang tidak berlecak dan berair. Namun tahukah anda, bahawa sebenarnya kita boleh membangunkan pokok durian dikawasan yang berair.

Ianya tidak mustahil dan haruslah dengan cara atau teknik yang betul. Buktinya anda boleh lihat sendiri pokok durian ditanam ditempat yang berair. Nampak daunnya subur dan rimbun.

Yang lagi bestnya adalah hasil tanaman durian yang tumbuh di kawasan tanah sawah cepat berbuah dan berbuah lebat. Pantangnya adalah kita perlu lebih menjaga akar dan jaga pH tanah. Selain itu, jika tak nak akar tunjang masuk terlalu jauh kedalam tanah, perlu buat pemangkasan pucuk. Bila pokok renek akar tunjang tidak panjang.

Antara kaedah lain yang boleh digunakan untuk mengelak akar tunjang reput ialah potong akar tunjang semasa menyemai dalam polibag, adalah dengan membiarkan akar serabut yang bekerja keras untuk memberi nutrien pada dahan dan daun.

Tambahan pula, dengan cara meletak ketulan batu atau simen dibawah lubang sebelum tanam pokok, Ini boleh dilakukan kira-kira 3-4 kaki supaya akar tunjang tidak masuk jauh ke dalam. Sebaiknya buat lubang besar dan isikan tanah merah untuk mengelak reput akar.

Kaedah yang sama juga boleh digunakan untuk tanaman lain seperti nangka, cempedak atau mangga. Menarik bukan?

Gambar dari seorang petani di Vietnam. Kreatif!

Selamat mencuba!

About Sifudurian 298 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*