Kalau Tanam Pokok Bendi Ikut Tip Ini Supaya Pokok Banyak Cabang & Meriah Buah

Okra, atau lebih popular di Malaysia sebagai kacang bendi, merupakan sejenis tumbuhan berbunga hijau. Okra tergolong dalam keluarga yang sama seperti bunga raya dan kapas. Istilah okra merujuk kepada biji-biji yang terdapat dalam tumbuhan ini.

Biasanya ia dijadikan sebagai sayuran ulaman dan juga dimasukkan ke dalam masakan seperti kari dan sebagainya. Di negara lain, ia digunakan sebagai agen pemekat dalam sup disebabkan teksturnya yang berlendir.

Sayuran ini sememangnya disukai kerana mempunyai banyak khasiatnya. Ia mengandungi kalium, vitamin B, vitamin C, asid folik, dan kalsium.

Antara manfaat memakan sayur bendi adalah mampu merendahkan kolestrol, mengurangkan asma atau lelah, mengawal penyakit kencing manis, meningkatkan sistem imun, mencegah penyakit buah pinggang dan menggalakkan kehamilan yang sihat.

Berikut adalah petua supaya pokok bendi mempunyai banyak cabang dan dan meriah buahnya!

Pastikan tanah subur julat ph antara 5.8 hingga 6.8. Jika ph tanah di bawah 5.5 anda perlu merawat terlebih dahulu tanah dengan kapur tanaman seperti Dolomite.

Tanam hanya 1 pokok sahaja pada 1 point. Jarak tanaman hendaklah 1.5 kaki – 2 kaki antara pokok. 1 batas tanam 2 baris. Saiz batas bendi adalah 4 kaki lebar batas dan 5 kaki lorong kerja. Atau 4 kaki pun boleh. Ruang sanat penting untuk pokok berkembang dengan baik.

Pembajaan perlu dilakukan seminggu sekali. Buat kawalan serangga dan foliar seminggu sekali. Anda boleh buat  racun serangga organik sendiri. Lebih selamat dan bebas bahan kimia.

Penyiraman dilakukan hanya sekali sehari sahaja. Kalau panas terik baru siram dua kali sehari. Sembur mikrob penyubur tanah sebanyak dua kali sebulan pada pangkal pokok dan tanah.

Bagi sesiapa yang baru nak mula tanam bendi, boleh cuba tau tips-tips ni. Sangat mudah sahaja. InshaAllah pokok bendi akan bercambah dengan lebih subur dan hasil tuaian lebih banyak.

Selamat mencuba!

Sumber: Vanilakismis.my

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*