Kasihan pada pengguna, barang makan naik harga!

0RANG ramai memilih sayur-sayuran segar di sebuah pasar raya di Senawang. FOTO Mohd Amin Jalil

Seremban: Pengguna mula mengeluh apabila harga barangan makanan asas seperti beras, ikan dan sayur-sayuran didapati berlaku kenaikan sejak beberapa minggu lalu.

Pengerusi Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Kecil Negeri Sembilan (PPPKNS) Cawangan Seremban, Mohd Yusoff mendakwa, pihaknya menerima aduan pengguna berhubung kenaikan harga barangan makanan berkenaan antara 15 hingga 20 peratus.

Katanya, kenaikan itu dikesan mula berlaku sejak awal bulan ini, sekali gus dilihat memberi impak kepada sebahagian pengguna yang terjejas susulan sekatan prgerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kenaikan barangan makanan asas ketika ini bukan sahaja berlaku terhadap minyak masak botol 5 kilogram yg heboh diperkatakan tetapi juga terhadap barangan lain terutama beras, ikan dan sayur-sayuran.

“Walaupun kenaikan barangan itu hanya sekitar antara 15 hingga 20 peratus, namun ia memberi kesan kepada sebahagian besar pengguna terutama kalangan mereka yg terjejas sumber pendapatan akibat sekatan pergerakan penuh PKP ini.

“Kami berharap, pihak berkuasa dapat membuat pemeriksaan, pemantauan dan tindakan sewajarnya terhadap isu supaya pengguna tidak terbeban dgn kenaikan harga melampau,” katanya tadi.

Menurut Mohamad, pihaknya khuatir kemungkinan berlaku sikap rakus kalangan segelintir peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan untuk mendapatkan keuntungan berganda.

Beliau berkata, pihaknya tdk pasti sama ada masalah rantaian pemasaran barangan berkenaan turut menyumbang kepada kenaikan harga itu.

“Apapun, pihak berkuasa berkaitan diharap dapat mengambil tindakan proaktif dalam menangani permasalahan ini supaya pengguna tidak terbeban dengan harga barangan yang tinggi dan meningkatkan k0s sara hidup mereka,” katanya.

Mengenai isu minyak masak dalam botol, Mohamad berkata kerajaan perlu menetapkan harga siling yang munasabah bagi kepentingan pengguna.

Menurutnya, pendekatan itu dilihat baik dalam mengawal harga barangan berkenaan sekali gus dapat menyekat tindakan pihak tertentu mengambil untung berlebihan,” katanya – Harian Metro

 

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*