Kegiatan jual hidupan liar di media sosial terbongkar

Perhilitan meram*pas pelbagai spesies burung dalam serbuan di ibu negara, pada 17 Mac lalu. – Foto Perhilitan

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Smenanjung Malaysia mematahkan kegiatan menjual hidupan liar dalam dua serbuan berasingan di ibu negara, 17 Mac lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, 0perasi bermula jam 9 malam itu berjaya menahan dua suspek berusia 23 dan 41 tahun.

Menurutnya, hasil operasi itu berjaya meram*pas 9 kilogram (kg) bahagian hidupan liar disyaki daging dan tulang Rusa Sambar, empat ekor burung Murai Batu, seekor burung Merbah Luris Leher dan seek0r Burung Daun.

“Siasatan mndapati burung itu akan dijual menerusi medium media sosial manakala daging rusa itu disyaki dibawa masuk dari Sabah dengan harga RM77 hingga RM100 sekilogram,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Daging dan tulang Rusa Sambar diram*pas susulan penahanan seorang lelaki berusia 41 tahun di ibu negara, pd 17 Mac lalu. – Foto Perhilitan

Beliau berkata, siasatan awal suspek gagal mempamerkan sebarang dokumen yang sah daripada Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia membabitkan semua barang ram*pasan tersebut.

Katanya, dua laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

“Kesemua barang ram*pasan telah dibawa ke Jabatan Perhilitan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya,” katanya – Sinar Harian

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*