“Kehidupan Rakyat Kembali Normal Akhir Tahun Ini” – Perdana Menteri

PUTRAJAYA 15 Jun – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelaksanaan Fasa 3 PKP hanya akan dilakukan setelah negara berjaya memenuhi beberapa pencapaian seperti ditetapkan oleh kerajaan dalam menurun serta memutuskan rantaian C0vid-19.

Beliau berkata, antara pencapaian itu ialah kes harian C0vid-19 dapat diturunkan di bawah 2,000 kes di samping sistem kesihatan awam juga pada tahap selesa dengan penggunaan katil adalah mencukupi untuk pesa*kit.

Menurutnya, pada masa sama untuk memasuki Fasa 3 juga, kerajaan akan memastikan sebanyak 40 peratus populasi rakyat negara ini sudah menerima dua d0s sunti*kan va*ksin C0vid-19 bagi setiap orang.

“Sekarang ini kita masih dalam Fasa 2 dan jika kita dapat memenuhi beberapa pencapaian, kerajaan akan umumkan PKP untuk Fasa 3.

“Dalam Fasa 3 nanti, beberapa sektor ekonomi akan turut dibuka secara berperingkat berdasarkan senarai yang dikeluarkan. Namun rentas sempadan masih tidak benarkan. Juga tdk dibenarkan ialah majlis keramaian.

“Dengan pelaksanaan PKP yang ketat, kita jangka dapat melaksanakan Fasa 3 pada awal 0gos nanti,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan melalui saluran TV utama hari ini.

Muhyiddin berkata, dari Fasa 3, kerajaan yakin dapat melaksanakan Fasa 4 pada akhir tahun ini dan memperlihatkan kehidupan rakyat kembali normal.

Beliau berkata, Fasa 4 juga tertakluk kepada beberapa pencapaian termasuk 80 peratus p0pulasi rakyat negara ini sudah menerima dua d0s sun*tikan vak*sin C0vid-19.

“Dalam Fasa 4 walaupun kehidupan rakyat kembali normal namun rakyat masih perlu mematuhi S0P yang ketat bagi memastikan penu*laran dan rantaian C0vid-19 dapat terus dibendung.

“Dalam Fasa 4 lebih banyak sektor ekonomi dibenarkan dan kita jangka ia dapat dilaksanakan akhir tahun ini,” katanya.

Sumber asal https://bersatu.org/2021/06/15/fasa-3-pkp-dijangka-awal-ogos-fasa-4-akhir-tahun-ini-dan-kehidupan-rakyat-kembali-normal-perdana-menteri/

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*