Kelebihan Durian Kampung

Tanam durian dari biji boleh hasil macam-macam rasa dan jenis durian. Ada yang sedap dan sebaliknya. Boleh tengok durian kampung ada pelbagai jenis, rasa dan bentuk buah.

Biji biasa tak mengikut ibunya kerana buah yang terhasil tidak melalui pendebungaan lengkap. Ini mungkin melalui bunga dari pokok lain. Jadi disini akan terhasil pokok yang tidak mengikut induknya.

Tanam biji ikut nasib, kalau nasib baik selepas 7~10 tahun akan berbuah dan kita baru mengetahui buahnya jadi macam mana.

Anak pokok biji juga mengalami tempoh matang yang panjang untuk berbuah, iaitu sekitar 7~10 tahun

Pokok durian yang ditanam dari biji tahan lebih lama berbanding pokok yang dikawin atau di cantum. Biasanya pokok boleh bertahan sehingga ratusan tahun.

Lebih tahan dari serangan penyakit, lebih kuat akar tunjang dan tidak mudah tumbang bila ditiup angin kuat.

Jika kebun durian kampung diurus dan dijaga dengan penuh kasih sayang, tidak mustahil boleh memberi pulangan yang lumayan kepada pekebun durian.

Begitu juga dengan durian klon atau durian kawin, jika anda tanam, tinggal dan tuai (3T) tanpa pembajaan dan rawatan penyakit yang teratur, belum tentu dapat hasil yang lumayan.

Cantuman kahwin kita boleh dapat apa yang kita suka. Kalau kita suka Musang King kita ambil tunas MK dan kahwin dengan anak biji yang disemai. 100% jadi MK.

Semoga pencerahan ini menambah banyak lagi ilmu anda tentang penanaman durian. Jangan lupa share terima kasih – Sifudurian

Kredit gambar: Mrjocko   

About Sifudurian 209 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*