KELEBIHAN Menggunakan KULIT Padi Kering, SEKAM Padi Bakar – Tanaman Subur Dan GEMUK!

Kuning – fungsi kulit padi kering

1. Simpan atas tanah di pasu bunga untuk mengelak tanah cepat kering

2. Elak rumput tumbuh, kurangkan kos merumput tanaman

3. Cantik dihiasi keemasan

Hitam – fungsi sekam hitam kulit padi bakar

1. Sesuai digunakan untuk semaian atau pembenihan benih tanaman seperti sayur sawi dan sebagainya

2. Menjadikan tanaman lebih subur, sihat dan gemuk

3. Nilai bacaan pH menjadi neutral iaitu diantara 6-7. Untuk info tanah berasid adalah dibawah pH 5.5

4. Pengganti kepada baja kompos seperti baja yang diperbuat dari sisa makanan dan sebagainya

5. Pengganti kepada peatmoss (hampas kayu) atau cocopeat (sabut kelapa kisar)

6. Memudahkan percambahan akar dan pertumbuhan daun lebih lancar dan rimbun

7. Sesuai penanaman di pasu, polybag, Polisterin, tayar atau di tanah

8. Elak serangan ulat dan siput pada tanaman. Sekam padi bakar yang terkena pada mata serangga menjadi pedih

9. Tanah longgar akar senang tumbuh, 100% amat baik untuk semua tanaman. Saya sendiri guna benda ni.

Semoga bermanfaat, jangan lupa share di facebook ya terima kasih – Sifudurian

Gambar Hiasan / Azuan Ali

 

 

About admin 486 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*