Kelebihan Tanam Tiga Pokok Sekaligus (Triple Tree Planting Method) Jimatkan Ruang, Lebih Banyak Buah Durian

Ada yang tanya apa kelebihan tanam durian 3 pokok sekaligus ni? banyak ke hasilnya nanti bila berbuah?

Artikel ringkas malam ni saya kongsikan sedikit informasi tentang penanaman durian serentak secara 3 segi atau dipanggil High density planting (HDP).

Kaedah penanaman 3 tree planting point ini banyak digunakan oleh petani di Thailand. Jarak antara pokok 0.8-1.2meter dengan kepadatan 150pokok/ekar.

Apakah Kelebihan teknik HDP ini?

– Hasil buah gred A++ lebih banyak berbanding tanam pokok tunggal
– Mengurangkan kesan kerosakan dan kerugian akibat angin kuat
– Back up jika ada pokok disebelahnya mati akibat penyakit seperti kanker batang dsb
– Senang di panjat untuk kerja-kerja mengikat buah, pruning dan sebagainya

Ramai yang bertanya. adakah jumlah hasil akan jadi 3x ganda?

Jawapannya =Tidak.

1 + 1 + 1 = 1.5

Hasil mungkin hanya 1.5 kali lebih banyak dari kaedah tanaman pokok tunggal yang biasa kita amalkan di Malaysia.

Tujuannya lebih kepada tidak membebankan satu pokok untuk mengeluarkan matlamat hasil.

Semoga bermanfaat, jangan lupa SHARE di wall facebook anda terima kasih.

Gambar sumbangan tn. Yaacob (Peserta lawatan ke ladang durian Rayong Thailand April 2019)

Kredit: Well Dyak

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*