Kemelut pekebun durian Raub, kerajaan Pahang digesa jadi pemudahcara

Kerajaan negeri Pahang digesa utk menjadi pemudahcara bagi menyelesaikan kemelut antara pekebun durian di Raub dan Royal Pahang Durian. – Gambar hiasan

Kerajaan negeri Pahang digesa untuk menjadi pemudahcara bagi menyelesaikan kemelut antara pekebun durian di Raub dan sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV), Royal Pahang Durian utk mencari jalan penyelesaian berbentuk ‘menang-menang’ (win-win).

Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Zin berkata, kerajaan negeri perlu mengambil pendekatan terbaik dengan mengambil kira kebaikan kedua-dua pihak dalam menangani isu ini dgn teliti.

“Saya tidak men0lak bahawa ada tujuan yang baik daripada kerajaan negeri untuk memutihkan tanah tdk berdaftar supaya industri durian lebih regulated dan menjaga mutu dan kualiti durian dan memenuhi Malaysian Good Agricultural Practices (myGAP).

“Kerajaan juga dijangka menambah pendapatan negeri sehingga RM500 juta setahun, tetapi hari kita semua ingat no farmers, no durians,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini, pada Selasa.

Tindakan syarikat Royal Pahang Durian yang didakwa ingin mem0nopoli hasil durian dikatakan mencetus tentangan pada pekebun durian.

Pekebun mendakwa mereka menduduki tanah kerajaan berkaitan sejak 1970-an menerusi Rancangan Buku Hijau kerajaan Malaysia.

Dalam pada itu, Tze Zin yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru itu juga mencadangkan satu penyelesian yang konstruktif kepada semua pihak dalam mengembangkan industri durian yg merupakan satu kejayaan kepada negara.

Sementara itu, beliau juga menasihati para pekebun durian utk mencapai piawaian antarabangsa memandangkan durian Raub adalah hasil pertanian premium peringkat antarabangsa.

“Mereka (pekebun) harus mengambil kri*sis ini sebagai satu peluang transformasi,” tambahnya.

Sumber: Astro Awani

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*