Kempiskan Perut dengan Air Herba ini – Tips dan Petua

Hi semua! Harini admin nak kongsikan petua membuang angin dalam badan menggunakan herba yang mudah didapati dimana-mana sahaja. Silap-silap boleh kempiskan perut!

Bahan-bahannya adalah 1 botol air mineral 1.5 liter, 2 inci halia muda yang sudah diketuk, 1 batang serai yang dititik dan 3 helai daun pandan. Gula merah sesudu dan 1 uncang teh. Sesudu lemon dan sesudu madu.

Cara-caranya :

1. Rebuskan halia, serai dan daun pandan selama setengah jam. Pastikan halia dan serai telah diketuk dan dititik bagi mengeluarkan khasiat tumbuhan ini.

2. Biarkan mendidih selama 15 minit.

3. Letakkan gula merah dan kacau sehingga larut. Sekiranya ada gula kabung pun boleh.

4. Masukkan uncang teh selama 5 minit, kemudian tapis.

5. Letakkan hirisan lemon dan sesudu kecil madu sebelum minum. Minum ketika suam

Anda digalakkan mengamalkan 3 kali seminggu. Selain dapat mengempiskan perut, ianya dapat membuang angin dalam badan dan menjadi detox. Senangkan? Kuruskan badan menggunakan bahan alami.

Sesiapa yang ada tanam halia dan serai dirumah tu dah senang dah. Tak perlu cari dipasar. Lebih terjamin kebersihannya. Selamat mencuba!

Artikel ini dipetik dari Keluarga dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*