Kenali 3 Haiwan Perosak POKOK DURIAN – No 1 dan 3 Paling Kerap Berlaku!

Harini Admin berkesempatan untuk kongsikan beberapa jenis haiwan perosak tanaman buah-buahan. Biasanya tanaman pokok durian Min antara yang menjadi mangsa. Namun setelah Min melakukan beberapa kawalan, Alhamdullilah pokok Durian Min tidak diserang lagi.

1. Ulat Pengorek Buah Durian

Ulat ini sering menyerang pokok durian. Tandanya adalah apabila terdapat lubang-lubang pada permukaan buah durian serta ada najis pada isi atau pangsa buah.

Cara untuk mengawal adalah dengan memasang perangkap lampu UV Light dengan jarak 20-3- kaki. Bubuh minyak campur dengan air dibawahnya dan gunakan racun serangga.

2. Ulat Pengorek Batang Durian

Dua jenis ulat ini diberi nama Bactocera Gultata dan Zeuzera Coffean yang menyerang batang durian. Ianya akan mengorek dahan dan batang lalu meninggalkan najis dan kayu ditepinya. Pokok menjadi tidak subur dan daun akan menjadi kuning serta gugur.

Cara mengawalnya adalah dengan mencantas dahan yang diserang dan memusnahkan dengan segera dan suntikkan racun serangga pada batang yang diserang.

3. Ulat Pengorek Kulit Durian

Ulat ini sering seklai menyerang kulit buat durian dimana kita dapat melihat tahi ulat berwarna coklat kemerah pada kulit buah. Buah juga kelihatan seperti dikikis dan terdapat ulat berwarna putih di dalamnya.

Cara menghapuskannya adalah dengan mengikit kulit durian dan semburkan racun serangga mengikut label.

Ulat-ulat ini menyerang dari peringkat pokok durian muda hinggalah tua. Sebagai petani, kita haruslah sentiasa membuat pemantauan perosak mengikut jadual. Ini bagi memastikan dan memeriksa kadar kekerapan kehadiran serangga perosak dan tahap serangan.

Artikel ini dipetik dari Anim Agro dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*