Kenali durian gondol

Buah durian tanpa duri, juga dikenali dengan nama Durian gondol, ditemui pada tahun 2007, di Trenggaluh, berdekatan Gunung Rinjani di L0mbok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Durian tanpa duri ini pada mulanya dijumpai di Filipina dan ia ditemui di Lembah Compostela di Timur Bandar Dava0 pada tahun 1950-an.

Ia ditemui seorang lelaki bernama Dominador Pascual, Penguasa Stesen Eksperimen Dava0 dan berapa pokok durian tersebut ditanam di Llaneza Farm, di Mulig, Torril, dekat Calinan.

Pada 27 Jun 1964, Presiden Filipina, Diosdado P. Macapagal pernah menanam sendiri pokok durian tak berduri di Stesen Eksperimen Dava0.

Keunikan buah ini terletak pada buahnya yang tidak memiliki duri seperti buah durian yg lain.

Bentuk buahnya kelihatan seperti tempurung kelapa, dengan berat sekitar 800-900 gram.

Buah yang matang mengeluarkan ar0ma khas durian. Rasa buahnya enak dan manis dengan kandungan gula 14 -15%. Ketebalan isi 0.5 cm.

Durian gond0l ini merupakan tanaman durian yang mengalami mutasi bentuk 0leh alam sehingga duri-duri di seluruh kulitnya tidak ada.

Kredit kepada penulisnya

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*