Kenali Serangga Perosak Kelapa (Kumbang Brontispa) Dan Cara Rawatan

1. Kumbang Brontispa (Brontispa longissima) merupakan sejenis serangga perosak tanaman kelapa (Cocos nucifera) yang baru ditemui di Malaysia.

2. Kumbang ini mempunyai bentuk yang unik dan lazimnya menjadikan tumbuhan Perumah seperti tanaman Pokok Pinang,Pokok Palma dan beberapa pokok Palma Hiasan lain.

3. Serangga ini memang boleh menjadi wabak serius jika tidak dikawal dimana ia mampu merosakkan bahagian daun pokok kelapa dewasa dan lebih teruk pada anak pokok kelapa yang baru ditanam.

4. Terdapat kajian yang dibuat oleh pakar menunjukkan bahawa hanya pada peringkat larva yang akan memakan tisu pucuk kelapa dan pucuk pokok-pokok palma. Antara simptom adalah akan menyebabkan daun seperti terbakar.

5. Serangan kumbang ini boleh membantutkan pertubuhan pokok dan buah kelapa. Kebiasaanya tanda-tanda hanya akan terlihat setelah daun keluar dan warna kehitaman kelihatan pada daun.

6. Ciri-ciri bagi kumbang dewasa mempunyai saiz panjang sekitar 8.5-9.5 mm dan lebarnya adalah sekitar 2.0-2.5 mm. Kumbang ini berbadan leper dan meruncing. Kumbang Jantan kebiasaannya lebih kecil dari betina.

7. Kumbang brontispa mempunyai warna coklat kemerahan dan kehitaman, elektra coklat atau hitam dan ada bertanda seperti bentuk terpintal pada elektra.

8. Kita boleh memeriksa anak pokok kelapa yang baru ditanam. kebiasaannya Kumbang betina akan bertelur seawal umur 15 hari dimana lokasinya adalah pada bahagian pucuk kelapa.

9. Saiz telur sekitar 1.8-2.0 mm dengan kapasiti bertelur sehingga 100 biji atau lebih.

10. Kumbang ini mempunyai sebanyak 4 peringkat instar larva dimana pada larva instar ke 4 bersaiz 7.0 mm – 8.0 mm.

11.Kajian menunjukkan bahawa jangka masa daripada peringkat telur hingga kepada peringkat dewasa adalah sekitar 35 – 42 hari. Keseluruhan jangka hayat kumbang brontispa adalah sehingga 6 bulan.

12. Cara untuk menghapuskannya dan merawat adalah dengan menggunakan racun kimia iaitu Cypermethrin, satu bulan sekali dan racun organik iaitu Cuka Kayu seminggu sekali.

13. Anda dikehendaki untuk menyembur di celah pelepah, pucuk dan umbut sehingga basah pada waktu petang.

Artikel ini dipetik dari MyAgri dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*