Kenapa Pertanian Di Thailand Berjaya?

1. Pertama, ia berkaitan dengan tenaga kerja yang mana mereka komited, tidak ketinggalan zaman dan menguasai teknologi baru.

2. Mereka menganggap pertanian adalah satu perniagaan atau industri. Petani disana mengeksploitasi setiap inci tanah pertanian dan setiap pokok yang mereka tanam.

3. Setiap petani juga diajar mengamalkan pertanian secara menyeluruh kerana kualiti dan kuantiti hasil pengeluaran bergantung kepada pokok yang sihat.

4. Pokok yang sihat bergantung kepada tanah yang subur, manakala tanah yang subur bergantung kepada kandungan atau sistem biodiversiti tanah seperti mikrob, cacing dan hidupan lain dalam tanah.

5. Kerajaan Thailand juga meningkatkan infrastruktur pertanian dengan menyediakan pusat pungutan dan pemprosesan hasil setiap daerah dan sistem silo (simpanan bijirin).

6. Faktor lain ialah penggunaan benih yang bermutu memainkan peranan penting kerana yang menentukan sama ada kualitinya baik seperti tahan lama, saiz sesuai, manis, cantik dan tahan segala penyakit.

7. Selain itu penggunaan baja yang mengandungi nutrien lengkap amat dititikberatkan untuk keperluan tanaman dan tidak memudaratkan tanah serta mikroorganisme.

8. Faktor kelapan ialah sistem pemasarannya yang mana ia melibatkan syarikat penerbangan Thai Airways, amalan menggunakan koperasi pengangkutan dan pembungkusan yang amat berkualiti.

9. Oleh itu, faktor-faktor diatas wajar diberi perhatian oleh negara kita sekiranya industri pertanian negara hendak ditransformasikan bersungguh-sungguh.

Semoga pertanian di Malaysia terus berkembang maju dan setanding dengan pertanian di Thailand – Sifudurian

Kredit: Usahawantani

About Sifudurian 209 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*