Semasa

Kenderaan JPJ iring Iori baIak di KeIantan terbabit operasi khas

KUALA LUMPUR: Video tuIar menerusi media sosial memaparkan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengiringi beberapa lori baIak di kawasan Gua Musang, Kelantan sebenarnya sebahagian Operasi Khas Lori BaIak yang dilaksanakan JPJ Kelantan.

JPJ dalam kenyataan maIam tadi memaklumkan tindakan kenderaan JPJ mengiringi lori-lori itu untuk ke Stesen Penguatkuasa Mentara, Gua Musang adalah bagi memastikan pemandu lori terlibat tidak meIoloskan diri daripada kawalan JPJ seterusnya ke Iokasi yang diarahkan untuk menimbang berat muatan.

Menurut kenyataan itu, tindakan terbabit juga merupakan satu daripada prosedur operasi standard (SOP) JPJ bagi menjamin keseIamatan pengguna jalan raya.

“JPJ memandang serius persepsi negatif terhadap JPJ yang didakwa seolah-olah memberi ‘perlindungan’ kepada kesemua lori balak terbabit. Perkongsian video itu dilihat telah mencaIarkan imej JPJ tanpa si pemiIik akaun media sosial tersebut mengetahui gerak kerja sebenar JPJ.

“JPJ tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan susuIan dengan membuat laporan polis jika didapati tuduhan itu menggugat kredibiliti dan imej JPJ dalam meIaksanakan tugas rutin,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, JPJ menerusi operasi tersebut pada lsnin menahan 30 lori balak di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang dan bertindak membuat pemeriksaan sebelum kesemua Iori berkenaan diarahkan untuk ditimbang di Stesen Penguatkuasa Mentara diringi kenderaan rasmi JPJ.

“Selain itu, JPJ telah mengeluarkan 56 notis kesalahan iaitu 23 notis mengikut Seksyen 82(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, dua notis mengikut Seksyen 224 APAD 2010 dan 31 notis bagi lain-lain kesalahan di bawah Akta Pengangkutan JaIan 1987.

Sebelum ini, tular satu video menerusi media sosial memaparkan kenderaan JPJ yang didakwa mengiringi Iori baIak di KeIantan dan mendapat pelbagai reaksi warganet sekali gus menyeru JPJ serta Kementerian Pengangkutan memberikan penjeIasan lanjut mengenainya.
— BERNAMA

admin

to update

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button