Keningau diisytiharkan sebagai kawasan waβak |)emam βabi afrika

KOTA KINABALU: Daerah Keningau kini diisytiharkan sebagai kawasan wa*bak De*mam Ba*bi Afrika (ASF) berikutan 24 ekor ba*bi ma*ti akibat jan*gkitan ASF di Kampung Bandukan Lama baru-baru ini.

Ia menjadikan Keningau sebagai daerah ke-12 di Sabah yang diisytiharkan sebagai kawasan wa*bak ASF.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata, siasatan awal menunjukkan terdapat kemungkinan vi*rus ASF di kampung tersebut dibawa oleh ba*bi hutan.

Sebelum itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menerima laporan kematian ba*bi hutan di kawasan berhampiran kampung tersebut.

“Keningau mempunyai kira-kira 1,000 ekor ba*bi dan semuanya berisiko terkena jang*kitan kerana biosekuriti ladang/premis yang tidak sempurna.

“Oleh itu, DVS sedang giat menjalankan kempen kesedaran di daerah itu untuk menasihatkan penduduk agar tidak memindahkan ba*bi peliharaan atau produk berasaskan ba*bi mereka tanpa kebenaran daripada jabatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menteri Pertanian dan Perikanan ini berkata, biarpun Sabah mempunyai 12 daerah diisytiharkan sebagai kawasan wa*bak ASF namun, dua daerah iaitu Pitas dan Kota Marudu kini diklasifikasikan sebagai ‘indeks kuning’ kerana tiada kes ASF baharu dilaporkan dalam tempoh 60 hari.

“Kementerian melalui JHV akan terus memantau perkembangan di lapangan dan melaksanakan tindakan yang perlu untuk mengekang ASF daripada menular ke ladang-ladang komersial,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jeffrey berkata, Sabah ini sedang meningkatkan persediaan mengekang penularan jang*kitan rabies di sempadan Sabah-Sarawak berikutan pengisytiharan Lawas sebagai daerah melaporkan peny*akit rabies pada 10 Jun lalu.

Vir*us itu dikesan dalam kalangan anjing liar di Bazaar Lawas yang terletak kira-kira 11 kilometer daripada Pos Kawalan Imigresen-Kuarantin-Keselamatan (IQS) Merapok-Sindumin, Sabah.

Menurutnya, sejak kes jan*gkitan rabies pertama dilaporkan di Serian, Sarawak pada 1 Julai 2017, Sabah sudah mula menjalankan latihan simulasi, kempen kesedaran dan vaksinasi anjing, kucing dan haiwan pembawa rabies (HPR) lain di semua pintu masuk ke Sabah.

“Kerajaan negeri turut melarang import kucing dan anjing daripada negeri jiran itu dan larangan tersebut masih berkuat kuasa sehingga kini.

“Pada tahun lalu, semua anjing dan kucing peliharaan di Sipitang sudah divaksinasi secara percuma bagi meningkatkan imuniti haiwan dan seterusnya mencegah jang*kitan dalam kalangan manusia,” jelasnya.

Tambahnya, inisiatif vaksinasi percuma ini akan diperluaskan ke daerah berdekatan seperti Tenom dan Beaufort.

Mengulas lanjut, katanya, kempen kesedaran pen*yakit rabies juga akan berjalan serentak dengan program outreach Co*vid-19 di semua daerah yang disasarkan – Borneotoday

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*