Kes CoV-19 dijangka “Memuncak” pertengahan April – WHO

Kes CoV-19 dijangka Memuncak pertengahan April - WHO

Di Malaysia setakat hari ini dilaporkan sebanyak 3116 kes telah disahkan positif CoV-19. Dimana hari ini peningkatan sebanyak 208 kes berbanding semalam 142 kes sahaja.

Jumlah ini dijangka akan mencapai kemuncak pada pertengahan April ini. Perkara ini dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdasarkan kepada data yang ada.

Menerusi Pejabat WHO Negara, mereka telah menganggarkan Malaysia akan menunjukkan jumlah pesakit tertinggi di hospital pada pertengahan April ini.

“Jumlah pesakit kritikal di negara ini (Malaysia) akan meningkat pada minggu hadapan berdasarkan kepada jangkaan kami” – Ketua misi (merangkap wakil) WHO Brunei, Malaysia dan Singapura.

Untuk pengetahuan anda semua, jumlah pesakit CoV-19 yang disahkan paling ramai di Asia Tenggara adalah di Malaysia. Tindakan kerajaan Malaysia yang pantas telah membuat Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung penyebaran wabak ini.

Jadi kemungkinan besar minggu hadapan merupakan kemuncak buat penyakit ini di Malaysia. Mengikut laporan WHO ini termasuk jumlah pesakit kritikal yang dijangka akan menemui kemuncaknya minggu hadapan.

Namun begitu, WHO mengatakan bahawa ramalan ini tidak semestinya tepat 100% kerana ia mungkin akan berubah mengikut keadaan semasa.

Menerusi data yang diperolehi, ada tanda-tanda kadar kes akan mendatar tetapi ia mungkin akan naik kembali jika langkah pencegahan sedia ada dilonggarkan atau orang ramai tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Semoga rakyat Malaysia mengikut arahan perintah kawalan pergerakkan agar seluruh rakyat Malaysia dapat kembali bebas menjalani kehidupan seperti biasa.

About admin 486 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*