KETUM Dan 15,000 Species Lain Mempunyai Potensi Besar Untuk Nilai KOMERSIAL

1. Malaysia adalah sebuah negara yang dianugerahkan dengan kepelbagaian sumber genetik tumbuh-tumbuhan alam semula jadi yang kaya dengan khasiat perubatannya.

2. Hasil daripada tinjauan, lebih 15,000 spesies tumbuh-tumbuhan yang terdapat di negara ini. 2000 daripadanya mempunyai nilai perubatan yang masih belum sepenuhnya diterokai bagi potensi ubatan serta mempunyai nilai komersial.

3. Namun kini, hanya 1/3 peratus sahaja tumbuh-tumbuhan ini digunakan untuk penjagaan kesihatan dan ianya dijual dalam bentuk produk tradisional seperti jamu.

4. Kita sedia maklum, bahawa Malaysia mempunyai potensi yang tinggi dalam menghasilkan pengeluaran produk kesihatan, ubatan moden dan produk kosmetik yang dijamin kualiti serta disokong maklumat saintifik. Produk Malaysia boleh berdiri setaraf produk antarabangsa.

5. Dasar kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2016-2025 menggariskan lima matlamat utama iaitu Tekanan ke atas biodiversiti, Pelindungan ekosistem, Spesies dan kepelbagaian genetik, Memastikan faedah penggunaan biodiversiti dikongsi secara adil dan Membangunkan keupayaan semua pihak yang berkepentingan.

6. Seterusnya, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sentiasa memberi sepenuh perhatian terhadapa aspek penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi bagi sumber tanaman herba di negara ini.

7. FRIM juga mempunyai Pusat Pensahihan Bahan Mentah Herba yang menawarkan perkhidmatan teknikal kepada industri dan mempunyai laman sesawang HerbaXpress yang merupakan pusat pengumpulan maklumat industri Herba.

8. Kajian yang dilakukan di FRIM merangkumi semua peringkat. Penyelidik FRIM membuktikan Tongkat Ali yang dihasilkan daripada kaedah pengekstrakan khas boleh membantu membunuh sel bar4h ovari. Selain itu, Kacip Fatimah pula dalam usaha menghasilkan klon elit (pertumbuhan dan penghasilan bahan bio-aktif) yang kini menampakkan hasil positif.

9. Seterusnya, herba daun Ketum juga perlu diberi perhatian. Penggunaan ketum secara tradisi dapat mengatasi masalah keletihan dan meningkatkan produktiviti kerja. Namun penggunaan ketum untuk tujuan yang salah (khayal) menyebabkan spesies ini tersenarai di bawah Akta Racun 1952 dan Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya 1952.

10. Oleh itu, kajian dan penyelidikan yang menyeluruh diperlukan supaya spesies ketum ini dapat digunakan secara baik dan dimanfaatkan sepenuhnya. Penyelidikan ini memerlukan sokongan kerajaan terutama KATS dalam pemberian dana dan keizinan bagi meningkatkan penyelidikan herba.

Sekiranya artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di FACEBOOK – Sifudurian

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*