Keunikan Ikan Empurau – RM500 Sekilogram, Seekor Rm5700

Wah! boleh tahan harga ikan empurau ni kan, macam harga iPhone 12 Pro Max. Kalau was-was nak beli ingatlah orang tua-tua pesan “habis duit untuk makan takpe”

Apa sebenarnya keunikan ikan ini berbanding dengan ikan lain?

1. Ikan empurau juga dikenali sebagai raja ikan Sarawak atau ikan kelah. Orang kaya-kaya je mampu nakĀ  beli. Kita mampu tengok je.

2. Dikatakan ikan ini amat sukar ditemui dan mempunyai faktor pertumbuhan yang agak perlahan.

3. Isi halus, kenyal dan rasa sangat unik hasil daripada diet buah-buahan yang jatuh ke dalam sungai.

4. Rasa ikan digambarkn seperti berlemak, savuri, sedikit manis dan mempunyai sedikit rasa buah liar seperti engkabang.

5. Harga seekor ikan empurau dewasa mencecah ribuan ringgit sekilo.

6. Ikan inn tidak main mata kail atau pukat. Dia sembunyi di celah-celah batu.

7. Ikan empurau bukan sekadar sedap gila-gila dinikmati, selain isinya yang manis, ikan empurau juga amat berkhasiat dan setanding dengan sirip ikan yu. Malahan terbukti lebih berkhasiat dari pati sarang burung.

8. Empurau juga satu-satunya ikan yang tinggi kandungan omega 3 yang hidup membiak diperairan asia. Setanding dengan ikan kod dan Salmon yang membiak di perairan yang beriklin sejuk beku.

9. Ikan empurau yang dibelah dalam kolam tidak sama rasanya dengan ikan empurau yang ditangkap dalam sungai. Ikan empurau hanya boleh hidup di sungai yang bersih dan sejuk terutamanya di Sarawak.

Gambar dari Facebook

 

About Sifudurian 301 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*