Pesaing nanas MD2, ini keunikan nanas pink

Dari luar tampak seperti nanas MD2, berwarna hijau dan kekuningan apabila matang. Namun apabila dibelah, isinya berwarna merah jambu (pink).

Nanas Pink merupakan nanas yang dicipta melalui penyelidikan selama 16 tahun 0leh syarikat gergasi nanas dunia iaitu Del Monte dengan jenama yang diberikan kepada nanas ini adalah Pinkgl0w Pineapple.

Kaedah penghasilan nanas ini dibuat melalui perubahan ginetik (GMO) ke atas nanas dengan mengubah dan mengurangkan kandungan enzim di dalam buah nanas kepada pink pigmen lycopene daripada yellow pigmen beta cerotene. Lycopene adalah pigmen yang terdapat pada buah tomat0 dan tembikai yang memberikan warna merah ke atas buah.

Nanas Pinkglow telah mendapat kelulusan U.S Food & Drug Administration (FDA) untuk di pasarkan dan di makan dengan selamat 0leh pengguna. Nanas ini ditanam di C0sta Rica dengan pasaran yang masih terhad di sekitar negara Amerika Syarikat.

Dikatakan lebih manis, kurang masam dan lebih berjus, ia merupakan nanas segar termahal iaitu dengan harga sekitar USD50 sebiji (RM150-200) dan boleh dibeli secara online di website Pinkglow melalui pemborong Melissa’s dan Tr0pical Fruit B0x.

Credit: Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*