
Tular pada awal tahun 2019 mengenai kerepek bayam yang sangat rangup dan menyelerakan. Sesuai dijadikan snek untuk minum petang. Namun, tahukah anda selain menjadi snek kerepek, bayam terutamanya bayam brazil mempunyai banyak khasiat. Hari ini sifu durian akan kongsikan kepada kalian tiga khasiat utama bayam brazil.
1. Khas untuk Ibu Mengandung kerana mengandungi Asid Folik semulajadi
Bagi yang tidak tahu, bayam brazil kaya dengan folat atau asid folik. Asid folik amat penting untuk ibu mengandung kerana ia boleh mengelakkan kecacatan sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal., mengurangkan risiko sumbing dan baik untuk perkembangan bayi yang berada dalam kandungan.
2. Baik untuk kesihatan mata
Bayam brazil sangat tinggi dengan kandungan Lutein dan Zeaxatin. Lutein dan zeaxation boleh mencegah penyakit yang boleh menjurus kepada berlakunya kerosakan pada penglihatan mata sebagai contoh katarak mata. Sekiranya anda mengamalkan bayam brazil dalam pemakanan seharian anda, pastinya sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah mata.
3. Merendahkan tekanan darah
Selai itu, bayam ini juga tinggi dengan kandungan kalium (potassium), Kalium mampu mengurangkan kesan negatif yang terhasil daripada garam. Jadi, bagi mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi, anda disarankan untuk makan bayam brazil dengan kerap.
Kredit : Zainuddin
Leave a Reply