Khasiat Memakan Pisang Rebus

Tahukah anda PISANG REBUS lebih tinggi kandungan khasiat dari makanan ringan dan minuman berkarbohidrat.

Pisang rebus juga merupakan makanan sihat yang sama sekali tidak mengandungi sebarang kolesterol dan amat baik bagi anda yang bermasalah dengan penyakit darah tinggi dan diabetis/kencing manis.

Selain itu pisang rebus juga mengandung serat yang cukup tinggi sehingga sangat bermanfaat untuk memperlancar saluran pencernaan.

Pisang rebus mampu memberikan tenaga segera, selalunya jika nak berjalan jauh, pisang rebus cepat disediakan, hanya rebus sekejap dan boleh dibawa kemana-mana, tahan lama dan lambat basi.

Jika anda ada masalah usus, memakan pisang rebus mampu membersihkan usus yang kotor serta menurunkan berat badan yang berlebihan.

Pisang rebus juga boleh menghilangkan stress atau tekanan serta melancarkan penghadaman. Bagi yang belum pernah makan pisang rebus ini boleh cuba kerana cara merebusnya simple sahaja.

Tapi lebih bagus kalau memilih pisang kepok atau pisang tanduk kerana kulitnya tebal tidak mudah hancur jika direbus.

Apa kata anda? jika ada sebarang pendapat, sila tinggalkan di ruangan komen dibawah terima kasih.

About Sifudurian 314 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*