Khasiat Ubi Keledek

Ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas merupakan sejenis makanan berkanji yang berasal dari eluarga Convolvulaceae. Ianya adalah tumbuhan yang mudah didapati di kawasan tropika dan beriklim sederhana. Di Malaysia, ubi keledek bukanlah sesuatu yang asing lagi malah ianya dikenali oleh hampir semua lapisan masyarakat dan usia.

Hari ini saya akan kongsikan kebaikan mengamalkan keledek dalam pemakanan seharian kita.

1. Menjaga kesihatan mata

Ianya adalah salah satu makanan yang kaya dengan beta karoten. Beta karoten ini akan ditukarkan kepada vitamin A di dalam badan. Tahukah anda? bahawa vitamin A adalah salah satu vitamin larut lemak yang mamberikan kesan yang positif terhadap kesihatan mata sekaligus dapat mengekalkan kornea (bahagian mata) yang sihat.

7. Mencegah penyakit skurvi

Penyakit skurvi adalah penyakit di mana badan mengalami kekurangan vitamin c. Antara simptom penyakit skurvi adalah gusi berdarah, badan menjadi lemah dan pendarahan kulit. Ubi keledek mempunyai kandungan vitamin c yang tinggi di mana pengambilannya yang mengikut saranan dapat mengelakkan penyakit skurvi.

8. Mencerah anemia

Selain dapat mencegah skurvi, vitamin c di dalam ubi keledek juga penting di dalam pencegahan anemia. Anemia adalah penyakit di mana pesakit mengalami kekurangan hemoglobin dan sel darah merah yang akan menyebabkan keletihan. Hal ini terjadi kerana kekurangan zat besi. Vitamin C berfungsi untuk membantu penyerapan zat besi lalu meningkatkan paras zat besi di dalam. Dengan ini, badan dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi.

9. Mengelakkan rasa lapar

Kandungan serat di dalam ubi keledek mampu untuk membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih lama. Hal ini kerana serat melambatkan proses pengosongan perut lalu mengelakkan rasa lapar dengan cepat.

10. Mencegah radikal bebas

Kandungan beta karoten di dalam ubi keledek mempunyai sifat anti oksida. Selain itu, kandungan niasin juga mempunyai fungsi yang sama. Komponen yang bersifat anti oksida mampu mencegah radikal bebas yang menyebabkan kerosakkan pada sel dan tisu badan.

Konklusinya, terdapat  pelbagai khasiat kesihatan yang ditawarkan oleh ubi keledek. Namun haruslah diingat pengambilan yang berlebihan juga dapat membawa kesan yang buruk terhadap tubuh badan dan jika anda dibawah pantauan doktor, anda masih perlu mengambil ubat yang diberikan oleh doktor.

Jom tanam ubi keledek!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*