Kibar bendera merah jambu untuk cari jodoh?

PETALING JAYA – Kejayaan kempen bendera putih dilihat menjadi inspirasi kepada segelintir individu di media sosial yg melancarkan kempen mengibar bendera berwarna merah jambu untuk mencari jodoh.

Tidak jelas siapa yang memulakan idea tersebut namun seorang pengguna laman Facebook bernama Fazlin Razali menjadi antara individu terawal berkongsi hantaran mengenai kempen tersebut semalam.

“Untuk kakak-kakak dan abang-abang yang masih ‘single’ atau belum berkahwin naikkan bendera merah jambu di kediaman jika memerlukan jodoh segera.

“Tidak perlu merayu atau ma1u. Hanya kibarkan kain merah jambu semoga yang ada membantu,” ujar kapsyen hantaran gambar tersebut.

Hantaran kempen kibar bendera merah jambu ini dikongsi lebih 2,600 kali sejak dimuat naik semalam.

Kempen tersebut menimbulkan reaksi yang pelbagai dalam kalangan pengguna media sosial dan ramai menganggap ia sekadar gurauan.

“Kepada yang sudah berkahwin jangan ga’tal-ga’tal naikkan bendera warna ini. Silap-silap nuk1ear yang datang ke rumah anda,” ujar Muhammad Syukhri Shafee.

“Tidak payah hendak mere’pek. Orang fikirkan hendak meneruskan hidup. Perkara sebegini usaha dijadikan perkara lawak,” kata Pensel Tumpul.

“Ini jalan penyelesaian. Takkan mahu tunggu jodoh jatuh dari langit melekat dekat atas bumbung rumah awak pula,” balas Daniel Hazmi.

“Nampak kelakar. Tapi ada sebilangan manusia yang kita tidak tahu dia ambil serius. Kalau boleh janganlah timbulkan situasi kibar bendera untuk perkara sebegini. Kita fokus bantu mereka yang terputus bekalan makanan,” ujar Atikah Rasyadi Junaidi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurun”gan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan kega’nasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti pende’raan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929 –

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*