(Kisah Inspirasi) Anak Pekebun, Kini Usahawan Wanita Bidayuh Berjaya

KUCHING (Bernama) — Suatu masa dahulu Awaeang Kwasin, 44, dan adik-adiknya pernah ber,jemur di bawah panas terik matahari membantu ibu bapa mereka di kebun lada sebelum bergelar usahawan lada hitam berjaya.

Kini, selaku Pengasas Syarikat Nang Ori, beliau bukan sahaja menjadi pembeli komoditi lada hitam bahkan turut memiliki dua kilang pemprosesan biji lada, mengeksport serta menceburi industri hiliran produk berasaskan lada.

‘Nang Ori’ membawa maksud memang tulen dalam Bahasa Melayu Sarawak, sekali gus menunjukkan lada keluaran syarikat itu sememangnya produk yang benar-benar asli dan berasal dari Sarawak.

KEGAGAL,AN JADI IKTIBAR

Membesar dalam keluarga pekebun lada di Kampung Bratan, Jalan Puncak Borneo yang terletak kira-kira 24 kilometer dari Bandaraya Kuching, minat wanita Bidayuh ini dalam dunia perniagaan bermula sejak kecil apabila sering membantu ibunya menjual hasil kebun seperti sayur-sayuran dari rumah ke rumah dan di Pasar Minggu Satok.

Selepas tamat pengajian di Politeknik Sarawak, Awaeang berazam untuk mengubah nasib keluarganya dengan mengambil keputusan berhijrah ke Semenanjung pada 1999 sehingga 2019.

Pelbagai pengalaman berniaga serta kegagalan yang ditempuhi sewaktu di Semenanjung namun ia tidak sekali-kali mematahkan semangat ibu kepada lima orang cahaya mata lelaki ini untuk terus meneroka selok-belok dunia perniagaan.

“Tahun 2005 merupakan tahun yang tidak dapat saya lupakan… Saya hi,lang punca pendapatan, berdepan kegagalan rumah tangga dan pada masa sama perlu membesarkan dua orang anak yang masih kecil masing-masing berusia dua dan lima tahun.

“Bergelar ibu tunggal saya ter,paksa bekerja ke,ras dan berusaha lebih tanpa mengira siang dan malam. Hasilnya, saya berjaya membina perniagaan sendiri pada tahun yang sama,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Sepanjang 20 tahun dalam dunia perniagaan dan menetap di Semenanjung, setiap kali pulang ke Sarawak, teman-teman sering berpesan kepada beliau untuk membeli lada Sarawak.

Atas permintaan itu, maka tercetuslah idea untuk beliau membawa dan memasarkan terus biji lada yang dihasilkan dari kebun keluarganya di Semenanjung tanpa perlu menjual kepada pemborong atau orang tengah di Sarawak.

“Saya mula membungkus lada yang dibawa dari Sarawak di pejabat di Puchong, Selangor, sejak 2016,” katanya sambil menambah beliau turut mendaftarkan perniagaan lada secara sah di Sarawak dan memohon permit untuk membawanya keluar dari negeri itu memandangkan ia dianggap komoditi Sarawak.

WANITA PERINTIS BIDAYUH

Selain tekad membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat dengan membeli lada daripada penanam-penanam di kampung dengan menawarkan harga yang berpatutan serta menyediakan perkhidmatan terbaik untuk mereka, beliau turut mengambil inisiatif meningkatkan ilmu perniagaan dan menambahbaik produk dengan menghadiri kelas dan kursus yang dianjurkan agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

“Saya agak terkejut apabila diberitahu oleh pengawai di Lembaga Lada Malaysia bahawa saya merupakan wanita Bidayuh dan wanita Dayak pertama yang memiliki lesen untuk memborong dan mengeksport lada Sarawak memandangkan industri ini sudah sekian lama dimonopoli oleh golongan lelaki, kaum serta syarikat besar lain,” katanya.

Produk lada hitam Nang Ori kini bukan setakat mempunyai pensijilan Halal dan MeSTI tetapi turut mempunyai dua kilang pemprosesan di Kota Samarahan dan Demak Laut yang berstatus amalan pengilangan baik (GMP) dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain pejabat pengurusan dan pemasaran Nang Ori terletak di Puchong dan Singapura ia turut mempunyai cawangan di Kuching.

TEMBUSI PASARAN SERANTAU

Nang Ori merujuk kepada Bahasa Melayu Sarawak yang membawa maksud produk yang memangasli. Nang bermaksud “Memang”manakala Ori membawa maksud “Asli” (original). m-niaga.com.my
Dikenali sebagai produk berkualiti tinggi dan asli dari Sarawak produk-produk berasaskan lada Nang Ori berjaya memasuki seluruh pasaraya AEON, LuLu, Mydin, Giant serta menembusi pasaran Singapura dan Brunei sejak tahun lepas.

Melihat bahawa lada Sarawak yang diiktiraf sebagai lada terbaik dunia wajar diinovasi kepada produk hiliran yang lain, ia telah mendorongkan syarikat itu menghasilkan produk seperti minyak urut lada hitam, gel lada hitam dan penyembur lada hitam yang dapat membantu pengguna menyelesaikan ma,salah seperti sa,kit-sa,kit badan, lutut, sendi dan angin.

Produk minyak urut berasaskan lada hitam Sarawak. m-niaga.com.my

Nang Ori antara lain turut mengeluarkan produk minuman lada yang pertama di Malaysia iaitu kopi dan teh lada hitam Sarawak yang dilancarkan di Menara Berkembar Petronas pada 2019.

Siapa sangka daripada seorang anak pekebun, Awaeng kini berjaya melatih lebih daripada 2,000 orang ejen untuk menjana pendapatan hanya dengan menggunakan platform dalam talian.

Antara pencapaian dan anugerah yang diperoleh sepanjang membina empayar Nang Ori termasuklah SME Vendor Hypermarket AEON, penceramah dan perunding cara keusahawanan MARA, Malaysia Top Achiever 2019 dalam Industri Excellence in Spice Manufacturing dan Malaysia Good Design Award (Majlis Rekabentuk Malaysia).

Disunting oleh Erda Khursyiah Basir – BERNAMA

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*