Kisah Inspirasi Dan Kejayaan Dato Allan Dalam Bidang Pertanian

“Bila saya start tanam kopi dengan kelapa mataq ni, orang kampung semua ketawa saya, pada masa itu harga kelapa pada masa itu sangat murah berbanding sawit, rm0.30-0.40 sen sahaja sebiji.

Jadi orang tebang saya tanam, jadi orang heran adakah tokey ini betul ke tak betul.. sebab dia tak tahu saya tanam kelapa ini kerana sepadan dengan tanaman kopi, lagipun kelapa perlu pokok lindungan dengan kopi…

Selepas 5 tahun saya tanaam, pokok kelapa mulah berbuah dan pada masa itu harga sebiji kelapa pun sudah meningkat iaitu rm0.60 sebiji.

Sekarang saya ada 38 ekar tanaman kelapa mataq dan hasilnya amat baik.

Antara beberapa tips yang anda kena fikir sebelum tanam kelapa iaitu lokasi ladang berhampiran dengan tepi jalan dan ia tidak dinaiki banjir.

“Sebelum saya tanam kelapa mataq, saya sudah menanam nenas, pisang dan kopi. Itu pun satu pendapatan yang boleh bantu you sebelum tanaman lain mengeluarkan hasil.

“Saya juga mempunyai ladang kopi seluas 300 ekar dan kilang kopi. Produk yang berasaskan kopi saya pasarkan di seluruh dunia termasuk Arab, Jepun dan Singapore tetapi masih tidak mencukupi.

“Selain itu saya juga mempunyai ladang kelapa sawit, bila pokok sudah tua saya akan tebang dan tanams emula dengan kopi, nanas dan pisang.

“Ini adalah pandangan saya, jika you nak berjaya dalam bidang bisnes, anda kena jujur dan pilih partner yang baik, you kena pergi survey market dahulu sebelum mulakan bisnes tersebut.

“Kalau you nak jadi petani, sangat penting anda kena sayang pokok itu seperti anda sayang anak you. You kena jaga pokok itu dan pokok itu akan jaga you dengan banyak… itu sangat penting..

Admin: “Pengajaran disini adalah,  jagan hina, gelak, atau ejek orang bila orang tu buat benda pelik dari orang lain.. sedangkan kita tak tahu apa tujuan orang tu buat macam tu…. Dato Allan yang dulu kena gelak orang dah berjaya tapi mcm mana la Nasib orang yang gelakkan dia dulu – Rentas Asia

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*