Kisah Inspirasi Dan KEJAYAAN Dato Rosyam Nor, Kini Jutawan Dalam Bidang PERTANIAN

Rosyam Nor merupakan seorang pelakon yang tersohor dan disegani ramai. Selain menjadi seorang usahawan dalam bidang perniagaan, beliau juga menceburi bidang pertanian.

1. Menurut beliau, walaupun pernah gagal sebanyak dua kali kerana kekurangan ilmu pertanian, dia tidak pernah mengenal erti putus asa.

2. Setelah beberapa tahun mengharungi pahit getir, beliau bangkit semula dengan mengusahakan projek tanaman nangka madu J33 dan durian belanda.

3. Ladang Suhan Movies yang berkeluasan 70 hektar itu diharapkan dapat membantu memberi inspirasi kepada anak muda yang mahu berjinak-jinak dalam pertanian.

4. Rosyam Nor juga ada menyatakan, sekiranya kita tiada ilmu, jangan segan untuk bertanya kepada yang lebih tahu. Jangan malu untuk terus belajar. Katanya lagi, selain modal, ilmu pengetahuan sangat penting bagi sesiapa yang ingin memulakan perniagaan.

5. Pada 2009, beliau telah bertekad untuk kembali ke dunia pertanian setelah gagal sebelum ini. Beliau menjadikan kegagalan sebelum ini sebagai satu iktibar dan menjadikan ia sebagai pembakar semangat.

6. Beliau mendapati nangka madu J33 dan durian belanda mempunyai potensi permintaan yang amat tinggi di pasaran negara dan antarabangsa.

7. Rosyam Nor telah berjaya menghasilkan sebanyak 10,800 pokok durian belanda dan 6000 nangka madu. Beliau sudah berbelanja banyak duit sehingga berjaya dalam bidang pertanian.

8. Beliau menyeru anak muda agar memandang tinggi kepada bidang pertanian. Beliau berharap agar lebih ramai lagi anak muda mentransformasikan diri menjadi peladang moden. Beliau percaya bidang pertanian mampu menghasikan ramai usahawan sepertinya.

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa untuk SHARE – Sifudurian

Sumber : Harian Metro yang disiarkan pada 9 Februari 2018

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*