(Kisah Inspirasi) – Kejayaan Luar Biasa Jack Ma Bermula Dari Kegagalannya

Billionaire Jack Ma, chairman of Alibaba Group Holding Ltd., listens to a question from media after arriving for a meeting at the Ritz-Carlton hotel in Hong Kong, China, on Monday, Sept. 15, 2014. Alibaba, the e-commerce company whose fortunes surged along with China's economy, plans a historic U.S. initial public offering that may also claim the global record. Photographer: Brent Lewin/Bloomberg *** Local Caption *** Jack Ma

Jack Ma merupakan pengasas syarikat e-dagang terbesar, Alibaba Group Holding Ltd (Alibaba).

Perjalanan beliau dalam membina perniagaannya bermula dengan kosong. Namun berkat usaha beliau, ilmu dan percaya diri yang dimilikinya, menjadikan beliau lelaki yang telah merubah dunia.

Jack Ma telah menempuh pelbagai dugaan dan kegagalan seawal permulaan karier hidupnya dan perniagaannya. Namun, kecekalan dan kesabaran menghadapi kegagalan itu menjadikan beliau antara usahawan yang paling berjaya dalam sejarah.

Beliau pada asalnya adalah seorang guru bahasa Inggeris. Jack Ma atau nama sebenarnya Ma Yun lahir pada 10 September 1964 di Hangzhou, Zhejiang, China. Kedua ibu bapanya adalah seorang seniman muzikal tradisional China.

Beliau mula mendapat gelaran Jack ketika menjadi pemandu pelancong apabila salah seorang pelancong sukar untuk menyebut nama Cinanya. Sejak itu, Jack ma belajar bahasa Inggeris untuk memperbaiki pertuturannya.

Jack Ma juga pernah berhadapan dengan pelbagai liku kehidupan selain masalah penolakan sejak di bangku sekolah hinggalah di alam pekerjaan.

Namun, beliau tidak menjadikan itu alasan untuknya berputus asa, sebaliknya kegagalan itulah menjadi pencetus semangat untuknya bangkit.

Ketika beliau muda, Jack Ma pernah memohon pekerjaan daripada 30 majikan berbeza, namun kesemuanya ditolak. Dia juga pernah memohon pekerjaan di KFC, namun daripada 24 orang yang memohon, hanya 23 yang diterima, di mana dia satu-satunya yang tidak diterima kerana penampilannya.

Jack Ma juga pernah gagal tiga kali dalam peperiksaan kemasukan ke universiti. Namun, itu tidak menghalangnya menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris beberapa tahun berikutnya. Jack Ma juga pernah memohon menjadi anggota polis bersama lima peserta yang lain. Malang tidak berbau, beliau adalah satu-satunya individu dari kumpulannya yang tidak diterima, dia ditolak mentah-mentah.

Walaupun Jack Ma tidak mempunyai pengalaman menggunakan komputer atau pengekodan, beliau sangat tertarik dengan internet ketika menggunakannya pertama kali semasa kunjungan pertamanya ke Amerika Syarikat pada tahun 1995.

Itulah permulaan beliau mengenali apa itu internet. Carian dalam internet pertamanya adalah ‘bir’ tetapi apa yang mengejutkannya, tiada sebarang informasi mengenai perkataan itu dari China.

Bukan sahaja tidak menjumpai informasi mengenai bir, malah tiada sebarang maklumat yang dijumpainya mengenai negaranya. Bermula dari situ ideanya telah tercetus untuk membangunkan laman web berkaitan China dan berjaya membangunkan laman web berkaitan indeks perniagaan, China Pages sebelum meninggalkan laman tersebut pada 1997.

Pada mulanya, perniagaan Jack Ma dua kali gagal, namun dia tidak putus asa. Pada 1999, beliau berjaya mengumpulkan 17 rakannya di pangsapuri miliknya di Hangzhou dan seterusnya meyakinkan mereka untuk mendirikan dan melabur dalam pasaran atas talian yang kemudian diberi gelaran ‘Alibaba’.

Mereka mula mengumpul dana sebanyak AS$60,000 sebagai modal dan memulakan perniagaan atas talian ‘Business to Business’ (B2B) yang menghubungkan perusahaan-perusahaan kecil dan menengah di seluruh China dengan pelanggan di serata dunia.

Mereka memulakan perusahaan e-dagang itu secara sederhana dan mengambil masa empat tahun berkembang sebelum menjana keuntungan. Kedengaran seperti mudahkan? Namun berkat kesabaran Jack akhirnya membuahkan hasil.

Alibaba memperkembangkan perniagaan yang bermula kecil kepada sebuah organisasi, kini ia memiliki lebih dari 25,000 pekerja.

Kejayaan Alibaba seterusnya diikuti pencapaian terbesar mereka apabila mencatat sejarah penjualan saham perdana sehingga AS$25 juta.

Walaupun pelbagai rintangan dan halangan, tohmahan yang dihadapi oleh beliau, besertakan latar belakang beliau yang bukan berasal dari anak orang kaya-raya, Jack telah membuktikan bahawa tiada apa boleh menjadi penghalang. Yang penting berusaha dan tidak putus asa. Betul tak?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*